Home » Headlines, Kenyataan Media, Perlis, SAMM

SAMM Perlis Sambut Hari Al-Quds Sedunia Dengan Sebaran Risalah dan Menyantuni Golongan Mustad’afin

Submitted by on August 21, 2012 – 7:33 PMNo Comment
Kenyataan Terbuka
18 Ogos 2012

SAMM Perlis Sambut Hari Al-Quds Sedunia Dengan Sebaran Risalah dan Menyantuni Golongan Mustad’afin

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis menyambut hari Al Quds sedunia semalam (17 Ogos 2012) dengan menjejaki fakir miskin untuk disampaikan zakat dan juga penyebaran risalah pencerahan tentang perjuangan membebaskan bumi Palestin selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Syed Putra di Kangar.

Hari al-Quds merupakan hari Jumaat terakhir setiap Ramadhan sebelum menemui Syawal. Simbolik hari al Quds sedunia yang memperjuangkan golongan mustad’afin (tertindas) tersebut diteruskan oleh SAMM Perlis dengan agihan sumbangan barang keperluan harian kepada asnaf zakat antaranya fakir miskin di sekitar bandar Kangar. Agihan sumbangan di lokasi terpilih termasuklah DUN Bintong, DUN Kayang, DUN Indera Kayangan dan DUN Sena telah disusun rapi oleh Penyelaras SAMM Perlis.

Antara peristiwa yang menyayat hati ialah ketika menyampaikan sumbangan di DUN Kayang ketika menyantuni seorang nenek yang tinggal sebatang kara. Nenek yang berumur 70an itu dikenali sebagai Tok Wa Liah Jala tiada bertemankan suami mahupun anak cucu di sebuah rumah usang tanah TOL. Tok Wa Liah Jala juga sering berulang alik ke Hospital Kangar untuk mendapatkan rawatan penyakit asmanya yang agak kronik. SAMM Perlis menyeru pihak bertanggungjawab agar memberi pembelaan segera termasuk membaiki rumahnya yang begitu dhaif supaya beliau dapat menikmati persekitaran hidup yang lebih sempurna. Di samping itu juga Tok Wa Liah juga wajar diberikan bantuan tetap bulanan oleh badan kebajikan.

Dalam masa yang sama juga, Penyelaras SAMM Padang Besar, Mohd Khairul Amer Ibrahim menyusun agihan sumbangan di lokasi terpilih di DUN Beseri bersama dengan jentera Pas DUN Beseri. Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim.

Sedikit kesempatan diambil oleh SAMM Perlis untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbangkan dana untuk program jejak fakir kali ini di samping mengucapkan tahniah di atas kerjasama semua anggota SAMM Perlis termasuk tenaga import Ahmad Miqdad dan Saifol Adli Azizan dari SAMM Kedah.

Aktiviti di akhir Ramadhan ini sangat memberi manfaat kepada perjuangan anak muda kerana akhir Ramadhan juga merupakan ambang kepada kemenangan. Sebagai anak muda, kita harus berjuang hingga ke akhirnya!

Sekian,

Asrul Nizam Abd Jalil

Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.