Home » All Post, Headlines, SAMM, Selangor

SAMM Selangor: Terus Berbakti di Ramadhan Mulia

Submitted by on August 13, 2012 – 11:50 PMNo Comment

Setelah berjaya dalam aktiviti mengedar bubur lambuk bersama YB Ng Sui Lim, Adun Sekinchan sehari sebelumnya (11 Ogos 2012), SAMM Selangor meneruskan aktiviti mengedar bubur lambuk di Sungai Besar pula. Klik di sini untuk aktiviti di Sekinchan.

Bertarikh 12 Ogos 2012 setelah bertungkus-lumus menyiapkan dan membungkus bubur lambuk, SAMM Selangor bersama PKM Dun Sg Panjang mula mengedar Bubur Lambuk dan akhbar Selangorkini Edisi terbaru kepada pengunjung Bazar Ramadhan Sg Besar dari jam 5 petang hingga menghampiri jam 7 petang. Kehadiran SAMM Selangor dalam program serampang dua mata ini mendapat sambutan yang sangat baik di sekitar bazar Ramadhan yang penuh sesak.

[nggallery id=14]

Bagi SAMM Selangor yang rata-ratanya dianggotai oleh SAMM Sg Besar, peluang untuk berbakti dalam bulan Ramadhan tidak dilepaskan membuktikan anak muda mampu mengerah kuderat bagi meraikan orang ramai. Sesungguhnya puasa tidak menghalang setiap anak muda melakukan program amal malah ia menjadi lebih bermakna daripada terperosok di rumah menyambut keletihan berpuasa.

Program edaran bubur lambuk hari ini adalah merupakan salah satu di antara 5 aktiviti SAMM Selangor pada sepanjang Ramadhan dan nantikan aksi terakhir Ramadhan apabila SAMM Selangor akan terlibat dalam satu aksi mengunjungi beberapa Balai Polis dan sebuah kem askar untuk mengedarkan cenderahati serta risalah kesedaran bertujuan mengembalikan maruah pasukan keselamatan negara.

 

Azhar Achil
Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sg Besar
www.anakmudamalaysia.com


 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.