Home » Headlines, SAMM, Terengganu

SAMM Terengganu: Sambutan Hebat Edaran Bubur Lambuk Sempena Nuzul Quran

Submitted by on August 7, 2012 – 4:06 AMNo Comment

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu tidak melepaskan peluang untuk turut menjalankan aktiviti edaran bubur lambuk sebagai aksi pada bulan Ramadhan. Bermula jam 12 tengahari tadi (6 Ogos), komrade SAMM Terengganu bertungkus lumus menyediakan bubur lambuk resepi timur diketuai oleh Penyelaras SAMM Terengganu saudara Rafzi Ramli.
Sempena cuti Nuzul Quran yang juga merupakan hari cuti bagi negeri Terengganu, inisiatif diambil oleh SAMM Terengganu bagi menjayakan aktiviti amal menyiap dan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai termasuklah menghantar bubur lambuk ke sekolah pondok.
Bubur lambuk yang siap sekitar jam 3 petang terus dibungkus untuk edaran orang ramai di bazar Ramadhan taman perumahan Gong Badak. 500 bekas bungkusan berjaya disediakan dan edaran jam 5 petang tadi mendapat sambutan yang sangat mengalakan apabila kesemua 500 bekas bungkusan telah habis dalam masa satu jam.
Sebelum itu, SAMM Terengganu terlebih dahulu telah memperuntukkan sejumlah bubur lambuk dan dihantar ke sekoloh pondok Muhajirin di Kuala Nerus.
Dengan berakhirnya aktiviti edaran bubur lambuk ini, InsyaAllah program akan datang seperti yang dirancang akan juga dijayakan oleh SAMM Terengganu dan semuga ia diberkati oleh Allah SWT.
Sekian,
Rafzi Ramli
Penyelaras SAMM Terengganu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.