Home » Headlines, SAMM, Wilayah

SAMM Wilayah: Santuni Gelandangan Kota Bersama Artis Hijrah Abby Abadi

Submitted by on August 7, 2012 – 3:14 AMNo Comment

Kesempatan mengimarahkan Ramadhan tahun ini tidak dilepaskan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah dengan program-program yang telah disusun rapi. Lebih menarik, aktiviti amal yang berlangsung selama 5 jam ini turut diserikan dengan kehadiran seorang artis terkemuka tanahair iaitu Abby Abadi sebagai jemputan khas program.

Pada malam minggu yang lalu bertarikh 4hb Ogos, SAMM Wilayah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju telah menyelusuri beberapa kawasan sasaran golongan gelandangan kota. SAMM Wilayah memilih untuk turut menumpang sedikit keperitan hidup yang dilalui oleh gelandangan kota di Kuala Lumpur. Walaupun hanya 5-6 jam sahaja masa yang dilalui, ia cukup menginsafkan.

Perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Kais pagi makannya petang, begitulah umpamanya.

Kami juga bertemu dengan sepasang suami isteri yang terpaksa tidur di kaki lima bersama anaknya yang berusia 5 tahun. Pasangan tersebut datang dari negeri pantai timur dan tidak mempunyai pilihan untuk menginap di tempat lebih selesa apabila dihalau keluar oleh tuan rumah kerana kesempitan hidup. SAMM Wilayah turut mendapatkan butiran untuk diserahkan kepada badan kebajikan agar nasib pasangan tersebut lebih terbela, ini adalah rakyat kita, bukan rakyat asing!

Walaupun berjalan hampir 5 kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.

Program berakhir jam 5 pagi dengan SAMM Wilayah, DPP W.Maju dan Abby menjalankan ibadah sahur yang serba ringkas di restoran berhampiran.

 

Azmir Hj Mustapha

Penyelaras SAMM Wilayah

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.