Home » Headlines, Johor, SAMM

SinarHarian: SAMM Pontian Desak Henti Edar Poster Aib

Submitted by on August 12, 2012 – 12:55 PMNo Comment

PONTIAN – Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia Pontian (SAMM Pontian) kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang didakwa mengedar poster gambar beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang dalam keadaan memalukan.
Penyelarasnya, Mohammad Saiful Amri Saifullah berkata, pengedaran poster yang menggunakan pelbagai kata-kata kesat terhadap pemimpin dan parti pembangkang turut dikesan dibuang di hadapan sebuah sekolah rendah di Benut, di sini.

Menurutnya, poster itu diedarkan di kawasan pekan kecil di Tampok, Ayer Baloi dan Benut, sejak awal pagi kelmarin.
Mohammad Saiful Amri mendakwa, kira-kira 300 poster dijumpai sepanjang kerja pembersihan dan pengutipan yang dijalankan bersama ahli pertubuhan.

Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan, jumlah poster yang dibuang mencecah angka ribuan memandangkan pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai dan ahli pertubuhan.

Tambahnya, poster berkenaan seperti menghina perjuangan parti pembangkang apabila secara terang-terangan mempermainkan gambar pemimpin tertinggi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain.

“Selain gambar, kata-kata kesat yang sungguh memalukan kepimpinan tertinggi Pas turut ditulis di poster berkenaan yang jelas menunjukkan kebiadaban pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Lebih memalukan, perkara ini terjadi pada Ramadan dan sanggup diedar di hadapan sekolah rendah,” katanya kepada Sinar Harian, di Ayer Baloi, di sini, kelmarin.

Mohammad Saiful Amri berkata, poster berkenaan turut dicetak dalam saiz A4 atau seperti risalah bagi diedarkan dari rumah ke rumah di beberapa kampung dan kedai di kawasan pekan kecil, di sini.

Justeru, satu laporan polis di Balai Polis Ayer Baloi dibuat petang kelmarin, berhubung pengedaran poster itu.

“Kami mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari dalang pelaku pengedaran poster ini, memandangkan hal sebegini sudah terlalu kerap berlaku,” katanya.
Menurutnya, perkara sama berlaku pada awal Januari lalu, tetapi ketika itu bilangan poster yang diedar tidak banyak berbanding yang terbaru ini.

Tegasnya, pihak yang mengedar poster ini perlu bertanggungjawab dan segera berhenti daripada melakukannya, kerana tindakan mereka jelas menunjukkan taktik  politik kotor.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.