Home » Uncategorized

Acara ‘Janji Demokrasi’ Berlangsung Aman Tanpa Kekacauan Dari Pihak Polis

Submitted by on September 4, 2012 – 2:23 PMNo Comment
Kenyataan Terbuka
4 September 2012

Acara 'Janji Demokrasi' Berlangsung Aman Tanpa Kekacauan Dari Pihak Polis.

Selaku antara yang mencetuskan idea penganjuran Himpunan Janji BERSIH yang kemudianya dikenali sebagai Himpunan Janji Demokrasi maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan syabas kepada setiap rakyat yang hadir membanjiri dari Dataran Merdeka merentas hingga ke Dataran DBKL yang dilihat penuh dengan warna kuning tuntutan Bersih. Ia sebuah panorama yang indah dan menjadi sebuah detik bersejarah apabila puluh ribu rakyat hadir sambut merdeka tanpa dibayar ataupun disogok konsert artis terkenal.

Himpunan Rakyat malam tersebut menjadi bukti  betapa sebenarnya beberapa acara himpunan rakyat sebelum ini seperti himpunan BERSIH juga boleh berlangsung dengan aman tanpa gangguan oleh pihak polis yang telah diperkuda regim dengan arahan yang tidak bertanggungjawab. SAMM mengalukan kehadiran pihak polis untuk menjaga keselamatan namun mengutuk keras keganasan pihak polis dalam himpunan aman terdahulu yang menyaksikan pihak polis menembak hampir seribu canister gas pemedih mata selain menangkap dan memukul peserta himpunan.

Bayangkan sekiranya canister gas pemedih mata ditembak ke arah perarakan hari kemerdekaan yang sedang berlangsung pada pagi 31 Ogos, dan setelah itu polis mengejar dan menangkap setiap penonton yang hadir ke Dataran Merdeka pagi tersebut, apakah tidak berlaku huru-hara ketika itu?

Ternyata kenyataan menteri KDN yang menjangka kehadiran tidak cecah angka ribuan meleset sama sekali. SAMM melihat walaupun acara Janji Demokrasi diugut dan diistihar haram, rakyat tetap hadir demi menyatakan bantahan hebat terhadap sambutan kemerdekaan tahun ini yang teruk dicemar oleh regim apabila tema merdeka sendiri disalin dari jelajah BN selain daripada logo yang tidak konsisten dan lagu tema yang sangat merepek. Rakyat juga menjadi berani menunjukkan solidariti terhadap demokrasi yang dilihat semakin pincang kerana walaupun detik pilihanraya umum semakin hampir, tiada usaha yang konstruktif untuk membaik-pulih sistem pilihanraya.

Mengenai tindakan segelintir individu yang kononnya memijak gambar Najib pada malam ambang merdeka, SAMM secara teknikal mengutuk perbuatan tersebut dan ia jauh sekali menjadi agenda Gabungan JANJI. Namun harus diakui ia adalah ekspresi manifestasi kemarahan anak muda terhadap kepimpinan negara yang gagal mengendali negara dengan baik.

SAMM juga tidak lupa bagaimana beberapa individu yang sehingga hari ini tidak diburu oleh polis walaupun gambar mereka kencing di muka pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pernah tersebar luas. Tidakkah perbuatan seperti 'syaitan' ini dikatakan biadap?

Secara tiba-tiba juga, telah menjadi suatu isu yang besar apabila bendera Sang Saka Malaya dikibarkan pada malam kemerdekaan, SAMM bertegas bahawa tidak salah mengibarkan bendera yang punya sejarah dalam menuntut kemerdekaan. Tidak ada salah mengibarkan bendera sejarah dalam acara memperingati sejarah kemerdekaan negara. Buat masa ini, SAMM juga tidak bersetuju dengan apa jua cadangan menukar bendera kerana fokus kami ialah menukar kerajaan sedia ada.

Justeru itu, Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan ke-55 adalah suatu kejayaan yang besar dan juga memberi impak yang sangat mendalam kepada semua pihak yang cintakan demokrasi supaya ia subur dalam negara tercinta ini. SAMM akan terus bersama Gabungan Janji, memberi amaran kepada regim pemerintah agar tidak lagi menyalah-guna Hari Kemerdekaan demi kelangsungan politik. Dalam masa sama, SAMM juga yakin inilah tahun akhir buat regim.

Tahniah juga buat penganjur yang turut Berjaya mengumpulkan pada angka ribuan di Bandar utama yang lain seperti Ipoh, Melaka, Johor Bahru dan pelbagai tempat lagi.

Janji Demokrasi akan diteruskan pada masa akan datang walau pihak mana pun yang memerintah selagi tiada usaha menegakkan sebenar-benar demokrasi. Rakyat diseru terus fokus terhadap menuntut janji untuk mewujudkan system prilihanraya bebas dan adil, isu picisan seperti bendera dan seumpamanya hanya usaha ‘talian hanyat akhir’ sebuah regim yang makin lemas.

SAMM bersama rakan–rakan lain akan terus memacu JANJI untuk memuncak kesedaran rakyat dan mengasak regim akur dengan tuntutan BERSIH.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

www.anakmudamalaysia.com
[email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.