Home » Kenyataan Media, SAMM, Selangor

Ancaman MB Pahang Bukti Kerajaan Barisan Nasional Kejam

Submitted by on September 23, 2012 – 8:43 PMNo Comment

Kenyataan Umum
23 September 2012

Ancaman MB Pahang Bukti Kerajaan Barisan Nasional Kejam

Menteri Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.

Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang MB berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah. SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar.

SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air ‘tidak masuk akal’ itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah, samada pemimpin Umno yang berunding itu sangat bodoh atau terpaksa membodohkan diri di sebalik komisyen yang tersedia kerana menawarkan harga air yang murah. Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura.

Justeru itu, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian menteri besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/Bn untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula.

SAMM Selangor juga menyokong segala tindakan Menteri Besar Khalid Ibrahim serta kerajaan Negeri Selangor yang dilihat pro kepada rakyat dan penolakkan besar terhadap cubaan rasuah  penyelewengan yang merugikan rakyat, negeri dan negara.

Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/Bn wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.

Sekian

Azhar Achil

Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor
www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.