Home » Kenyataan Media, SAMMAyuh Bersama Sokong Tuntutan Royalti
Kenyataan Umum
24 September 2012
SAMM Komited Untuk Bersama NGO R Berkonvoi ke Putrajaya
Usaha murni pelbagai NGO bagi mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya NGO R (Royalti) mendapat sokongan penuh dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mengambil kira isu royalti ini bukan sekadar isu negeri tetapi isu nasional kerana sekatan terancang oleh kerajaan pusat, SAMM Kebangsaan akan bersama NGO Royalti bagi menjayakan konvoi mega R bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Penafian hak royalti rakyat negeri Kelantan mendapat perhatian seluruh negara lantas membangkit kesedaran betapa pentingnya keputusan yang adil diterjemah oleh mahkamah persekutuan. Demi memberi tekanan terhadap tuntutan keadilan maka SAMM akan menggerakkan jentera anak muda dan sekutu bagi memastikan penyertaan besar konvoi mega R.
Dengan publisiti yang menyeluruh, SAMM yakin mobilisasi besar dapat digerakkan untuk konvoi mega R. Oleh demikian, SAMM bersama sekutu organisasi massa memanggil sebuah sidang media di masa dan lokasi berikut;
Tarikh: 25 September 2012 (Selasa)
Masa: 12.45 tghari
Lokasi: No 17-1, Jalan 109E, Taman Desa off Jalan Klang Lama (Sebelah Bomba Taman Desa)
Semua NGO yang ingin menyatakan sokongan terhadap ROYALTI rakyat Kelantan dan yang berkaitan dijemput untuk bersama dalam sidang media ini. Pengamal media juga adalah dijemput hadir.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Related