Home » SAMM

Hampir 4,000 kunjungi Rumah Terbuka EidulFitri SAMM Kebangsaan

Submitted by on September 7, 2012 – 7:40 PMNo Comment

Hampir 4,000 kunjungi Rumah Terbuka EidulFitri SAMM Kebangsaan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri SAMM Kebangsaan. Tahun lepas Selangor sebagai lokasi dan tahun ini P.Pinang sebagai menghargai gerakan aktif SAMM di utara. InsyaAllah tahun depan mungkin kawasan selatan pula.

Maaf juga kepada yang hadir kerana layanan mungkin tidak sempurna dari segi protokol sememangnya begitulah SAMM tidak ada layanan VIP dan seumpamanya. YB Datuk Halim (Speaker Kerajaan PP), YB Law (Axco Kerajaan PP), YB Yunus, YB Lih Kang, Cikgu Teo (Pengerusi DAP N.Tebal), YB Ust Makhtar (Ketua Cabang PKR N.Tebal) dan ramai lagi tetamu kehormat semua dilayan sama beratur mendapatkan makanan dan duduk bersempit bersama yang lain.

Set Nasi, Kari Ayam untuk 2,000 orang, Char Kuew Tiau untuk 2000 orang, Nasi Impit untuk 500 orang, Keropok Lekor untuk 250 orang, Meehon Sup untuk 1000 orang dan Roti Canai 1500 keping. Mengambil kira semuanya yang hampir 'licin' di hujung rumah terbuka yang berlansung dari jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang maka kehadiran dianggarkan hampir 4,000 orang. Door gift iaitu tiga keping dvd dan risalah sebanyak 3,000 set juga habis itu pun setelah menolak dengan baik permintaan banyak yang mahu mendapatkan lebih dari satu. Kami hanya beri satu untuk tiap keluarga yang hadir.

Semua disediakan dengan gotong royong dan suka rela. Terima kasih kepada teman-teman dari simpang 3, Tg Berembang kerana menyediakan Nasi dan lauk, SAMM dari Terengganu menyediakan Char Kuew Tiau dan Keropok Lekor, SAMM Selangor dan Sdr. Jamhari menyediakan roti Canai, SAMM P.Pinang menyediakan air dan Mee Hon Sup, SAMM Kedah dan WP menyediakan Nasi Impit /Kuah Kacangdan ramai lagi yang bertugas menyediakan tempat dan mengemas semula selepas program.

Seramai 100 penerima sumbangan sempena rumah terbuka ini dan yang paling istimewa penghargaan kepada 27 Guru PASTI seluruh N.Tebal. Mereka dipilih kerana jasa guru PASTI ini umpama hero tidak bernama. Jasa mereka mendidik anak peringkat awal dan menjadi jentera parti dalam keadaan sumber yang sangat terhad maka SAMM fikirkan mereka wajar dihargai.

 
Maaf kehadiran luar jangka, meja yang disediakan tidak cukup.
 
Sehingga hampir 5.00 petang kehadiran masih bertali arus
 Mengambil kesempatan Rumah Terbuka dilancarkan billboard penerangan
isu (saix 8 x 15 kaki) dua telah siap didirikan menjelang hujung bulan ini
direncanakan 12 akan didirikan dalam Parlimen N.Tebal
Sebahagian dari adik beradik SAMM yang hadir sempat bergambar di akhir majlis sebelum
bergotong royong mengemas lokasi rumah terbuka

100 orang penerima tersenarai dan yang istimewanya 27 Guru PASTI seluruh parlimen N.Tebal diberi tanda hati sebagai penghargaan kesungguhan mereka selama ini mendidik anak peringkat awal dan berjuang sebagai jentera parti walaupun dalam sumber yang cukup terhad.

 Kehadiran di luar jangka, terima kasih kepada semua yang menjayakan
 Dato' Halim (Speaker PP), YB Law (Exco Kerajaan PP), YB Yunus(ADUN K.Kurau),
YB Lih Kang (ADUN Teja) turut hadir memeriahkan rumah terbuka ini selain
Cikgu Teo (DAP N.Tebal) dan YB Ust. Makhtar (Ketua Cabang PKRN.Tebal)

 Khemah tambahan juga penuh
 Ketika awal sesi sarapan petugas sempat cuba buat roti canai,petugas buat roti canai ialah Ali dan Along serta kawan-kawan dari Sungai Besar yang hadir secara sukarela resepi dan peralatan disediakan oleh Sdr. Jamhari selaku ketua team roti canai.
Dia memang punya kedai roti canai di Pekan Sg Udang.

 berpusu – pusu lebih 1500 keping roti habis hari tersebut
 bersama dengan Rafzi dan team dari SAMM Terengganu yang menyediakan lebih dari
2000 pinggan Char Kuew Tiau dan Keropok lekor.

 bersama keluarga Arwah Izwan atau lebih kami kenali sebagai plettop yang meninggal hari terakhir Ramadhan lepas. Tahlil khusus untuk arwah serta semua yang lebih dahulu meninggalkan

Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Kg.Simpang 3 dengan kehadiran jemaah dan AJK masjid sebaik selepas Zohur

Datuk Lajim yang pada awalnya mengesahkan kehadiran terpaksa menukar jadual saat akhir kerana masalah di Sabah digantikan dengan Abby Abadi
Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan di atas kejayaan penganjuran kali ini, InshaAllah aktiviti tahunan sempena Eidulfitri ini SAMM akan diteruskan pada tahun akan datang.
Disediakan Oleh
Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.