Home » All Post, Headlines, SAMM

Janji Bersih: Pak Samad tampil sebagai saksi

Submitted by on September 7, 2012 – 9:08 AMNo Comment

SAMM menunjukkan solidariti buat Pak Samad, Chegubard turut hadir walaupun kesihatan beliau tidak begitu baik

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini selepas diarah memberi keterangan tentang perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu.

Samad, lebih mesra dipanggil Pak Samad dan Pengerusi bersama Bersih Datuk S Ambiga hadir kira-kira 2.30 petang tadi dan disoal selama hampir dua jam.

Turut hadir untuk memberi keterangan ialah Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.

Pak Samad diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Shahrizan Johan manakala Maria Chin diwakili Latheefa Koya.

Pak Samad ketika ditemui pemberita berkata, sepanjang soal siasat isu mengenai bacaan puisi ‘Janji Demokrasi’ pada malam tersebut langsung tidak dibangkitkan polis selain daripada soalan rutin.

“Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan kecuali informasi tentang diri saya saja…tidak ditanyakan langsung tentang puisi,” katanya diluar balai selepas selesai memberi keterangan.

Kesilapan polis

Sementara itu, Maria Chin berkata notis arahan hadir memberi keterangan diletakkan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi berlaku kesilapan kerana Pak Samad bukan penganjur.

“Polis kemudiannya tarik balik dan keterangan diberikan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan sebagai saksi,” katanya.

Seperti Pak Samad, Maria Chin berkata dirinya juga memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab kesemua 24 soalan yang dikemukakan.

Peguam Latheefa pula berkata kesemua mereka dipanggil berdasarkan aduan daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi sendiri yang membuat laporan mengatakan tidak menerima sebarang notis berkenaan perhimpunan tersebut.

Katanya, laporan itu dibuat berdasarkan sidang media yang diadakan beberapa NGO ‘Janji Bersih’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada 24 Ogos lalu.

“Kita tak dapat melihat apa wajarnya untuk panggil Maria dan Pak Samad semata-mata sedangkan mereka sendiri ada jawapannya kerana ia sudah disiarkan dalam berita dan video.

Selain Pak Samad dan Maria Chin, aktivis Bersih Hishamuddin Rais dan Stanley Yong turut diarah memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Pemimpin Pakatan

Manakala pemimpin Pakatan iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut diarahkan hadir dan kesemua mereka akan memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Mat Sabu berkata beliau akan hadir di IPD Dang Wangi Ahad depan selepas solat Zuhur untuk memberi keterangan.

Polis setakat ini berjaya menahan tiga daripada 11 individu yang dikesan terlibat dalam insiden perhimpunan tersebut selepas gambar mereka disiarkan oleh media sejak tiga hari lalu.

Seorang daripadanya ialah bekas pelajar kolej berusia 19 tahun yang menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri.

Manakala seorang pelajar kolej dan seorang model sambilan, masing-masing berusia 19 tahun, berasal dari Melaka dan Johor atas perbuatan memijak gambar pemimpin.

Polis sebelum ini mengumumkan pembentukan tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera ‘baharu’ Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta

Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.