Home » Headlines, N.Sembilan, SAMM

Kejohanan Bowling SAMM N.Sembilan Berlangsung Meriah

Submitted by on September 28, 2012 – 11:38 AMNo Comment
Kenyataan Terbuka
28 September 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan terus mengangkat martabat anak muda dengan menganjurkan pertandingan bowling terbuka. Sukan bowling mendapat sambutan yang besar dari kalangan anak muda khususnya yang berada di Negeri Sembilan.

Kejohanan Bowling SAMM N.Sembilan telah berlangsung pada 23 September 2012 di Pusat Bowling AEON Seremban 2 bermula tepat pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

Seramai 70 peserta bermain merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 yang berlangsung dari jam 10.30 petang – 2 petang.

Semua peserta bertanding secara individu sebanyak 4 pusingan (frame). Antara yang memeriahkan kejohanan ialah penyertaan Ketua Penyelaras SAMM che'GuBard yang juga menyambut hari kelahiran beliau hari kejohanan berlangsung, menunjukkan gaya dan aksi 'strike' berganda.

Hadiah disampaikan oleh YB Taufek A.Ghani, ADUN Paroi merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. 

Dengan sambutan yang meriah, Kejohanan Bowling seperti ini akan terus dianjurkan oleh SAMM N.Sembilan pada masa akan datang.

Hamizan Hj Bahtiar

Penyelaras Bersama SAMM N.Sembilan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.