Home » SAMM

Penerima Geran Bantuan Kebajikan Terpaksa Bayar ‘Commission’ 40%

Submitted by on September 18, 2012 – 1:16 PMNo Comment

 

 surat aku janji tidak mendedahkan butiran yang telah diserahkan pada SPRM jika tidak bioleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga sepuluh ribu
 Sidang media sebelum laporan SPRM
 Bersama teman – teman selepas laporan SPRM


Kenyataan Media
16 September 2012

Penerima Geran Bantuan Kebajikan Terpaksa Bayar ‘Commission’ 40%

Pada 16 September 2012, mengambil semangat Hari Malaysia, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui Ketua Penyelarasnya, cheGuBard dengan di iringi teman-teman telah membuat satu laporan SPRM mengenai satu dokumen yang hantar di kediaman di N.Tebal, Pulau Pinang.

Satu sampul surat tidak bertanda telah dihantar dengan ditinggalkan di peti surat. Setelah diteliti sampul surat itu mengandungi dokumen sebanyak 25 helai dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia. Merujuk seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media sebelum laporan SPRM dibuat. Antara dokumen tersebut ialah ;

  • Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
  • Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan bertarikh 6 April 2012
  • 2 set minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2012 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
  • Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

Masuk membuat laporan sekitar 3.15 petang dan keluar dari bangunan SPRM 6.30 petang. Laporan  telah diterima oleh Jafarudin Shahari, Penguasa SPRM. cheGuBard telah dirakam maklumat sejurus membuat laporan tersebut dan turut disertai oleh beberapa pegawai kanan SPRM yang turut membantu pada masa itu.

Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat ‘komisyen’ yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya : 

  • Angota keselamatan sendiri harus buka mata bagaimana persatuan yang harus menjaga kamu selepas pencen pun terlibat dalam komisyen dalam mendapatkan wang bantuan kebajikan ?
  • Adakah atau apakah kaitan pemimpin tertinggi Bn yang disebut dalam minit mesyuarat yang ditemui untuk meminta bantuan dapatkan dana geran kebajikan dengan syarikat yang dikenali sebagai pengantara itu ?
  • Jabatan Perdana menteri harus keluar dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Adakah ini amalan biasa untuk mendapatkan dana politik di peringkat tertentu ?
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya. Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul.
SAMM mendesak satu siasatan menyeluruh bukan sahaja geran bantuan Perdana menteri terhadap persatuan ini sahaja tetapi harus meneliti semua geran bantuan yang sama. Diyakini banyak lagi kejadian seperti ini dan ia menjadi amalan biasa yang salah tetapi sudah dilihat halal. Jika diteliti rasanya atas nama kebajikan tetapi disonglap komisyen orang politik dijangka nilai menjangkau ratusan juta telah hilang.

che’GuBard

Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.