Home » SAMM

Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan (Ahad, 2 Sept) Mengalukan Kehadiran Semua

Submitted by on September 1, 2012 – 5:22 PMOne Comment

Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan Mengalukan Kehadiran Semua

Salam lebaran EidulFitri dan salam sejahtera,

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berbesar hati menjemput orang ramai seluruh negara yang berkesempatan untuk hadir ke Pesta Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan yang akan berlangsung pada 2 September (Ahad) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pesta Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan menyaksikan negeri Pulau Pinang sebagai tuan rumah edisi tahun 2012 / hijrah 1433 dan Nibong Tebal teras kekuatan SAMM Pulau Pinang menjadi venue pilihan, mengalu-ngalukan kehadiran semua dengan juadah mantap yang disediakan secara gotong royong oleh komrade SAMM dari seluruh negara.

Selain daripada menu juadah yang istimewa, tetamu istimewa yang akan menghiasi Rumah Terbuka SAMM antaranya ialah Abby Abadi. Para hadirin pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengenali Abby Abadi dengan lebih rapat.

Pesta Rumah Terbuka SAMM akan dimulakan dengan kenduri tahlil buat komrade SAMM yang telah menemuiNya selepas waktu Zohor dan berikut adalah maklumat serta aturcara majlis;

Rumah Terbuka SAMM Kebangsaan

Tarikh : 2 September 2012 / 15 Syawal (Ahad)
Masa : 2.30 ptg – 4.30 ptg
Venue : Taman Sri Acheh, Nibong Tebal P.Pinang
Pertanyaan : 012-4702074

Aturcara

2.00 petang : Kenduri Tahlil SAMM
2.30 petang : Ketibaan para tetamu
3.00 petang : Ketibaan tetamu khas dan undangan
3.30 petang : Persembahan Istimewa
5.00 petang : Majlis Bersurai

'Door Gift' istimewa juga disediakan oleh SAMM Kebangsaan bagi 3000 pengunjung terawal untuk di bawa pulang. Kehadiran anda semua amatlah dihargai dan serba sedikit mengeratkan siratulrahim antara sesama insan sempena hari lebaran Eidulfitri yang mulia ini.

Jemput hadir semua,


che'GuBard

Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.