Home » All Post, Melaka, SAMM

SAMM Melaka : Rumah Terbuka SAMM Melaka Meriah dan Penuh Rasa Kekeluargaan.

Submitted by on September 10, 2012 – 5:16 PMNo Comment

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT pada 31 ogos 2012  yang lalu Majlis Rumah terbuka Eidul Fitri SAMM Melaka telah diadakan di Taman Tanjong Minyak Jaya dan program bermula dari jam 2.30 petang sehingga jam 7.00 malam. Program tersebut  berlangsung dengan penuh rasa kekeluargaan dan mendapat sambutan dengan jayanya.

Keadaan khemah Rumah Terbuka sebelum bendera dan banner diarahkan turun oleh pihak polis.Keadaan Khemah Rumah Terbuka Sebelum Banner & Bendera di arahkan turun oleh Pihak Polis.

 Di awal program ketika proses persiapan terakhir sekitar jam 12.00 tengah hari,  program telah mendapat sedikit “gangguan”  dari pihak polis yang ingin bertemu dengan penyelaras SAMM Melaka.  Polis memberitahu  “kononnya” mendapat laporan & rungutan dari penduduk setempat  berhubung program tersebut.  Tapi malangnya sehingga kesaat ini polis gagal menjawab beberapa soalan ketika proses perundingan di antara pihak polis dan  SAMM Melaka.  Di antara persoalan tersebut adalah;-

 1) Jika individu pelapor tersebut adalah penduduk setempat siapakah pelapor tersebut?

2) Di atas kesalahan apakah program perlu di hentikan dan banner serta bendera SAMM perlu diturunkan  sedangkan SAMM bukanlah pertubuhan haram.

3) Kenapa pihak polis tidak berlaku adil dan kenapa tiada arahan menurunkan  banner  dan bendera parti politik  (terutama Umno BN) di kawasan awam termasuk di kawasan Masjid .

Polis cuba mengelak dari menjawab persoalan tersebut dan akhirnya pihak polis beredar dengan meninggalkan satu arahan “program hanya boleh diteruskan jika bendera dan banner SAMM di turunkan”. Untuk mengelakkan kekecohan akhirnya kami akur dan menurunkan bendera serta banner disekitar khemah program sahaja.

  Bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Zaharudin.

Selepas solat jumaat (sekitar jam 2.00 petang) program dimulakan dengan dengan bacaan tahlil dan doa selamat. Tahlil dan doa selamat diketuai oleh Ustaz Zaharudin yang didatangkan dari Padang Temu Melaka.

Seramai 50 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Pantai Puteri diraikan.

Selepas selesai bacaan Tahlil dan doa selamat  majlis diserikan dengan kehadiran seramai 50 orang Anak Yatim yang dijemput khas dari Rumah Anak Yatim Pantai Puteri Melaka.  Kehadiran anak yatim tersebut disambut dengan penuh rasa kekeluargaan  dan seterusnya anak yatim tersebut secara berjemaah membacakan bacaan yasin dan selepas itu atucara makan bermula.

Antara hidangan yang mengisi rumah terbuka SAMM Melaka untuk tahun ini antaranya nasi berlauk, rendang, nasi himpit, mee kari, bihun goreng, laksa, kuih muih dan bermacam lagi.

Turut hadir Ustaz Julas Sapiyah (PAS Kuala Linggi), Halim Bachik,  Sunar Misran (Keadilan Masjid Tanah) dan Singam (SABM Melaka)

YB Tey Kok Kiew (Ketua Dapsy Melaka/Adun Bandar Hilir) beserta rombongan DAP Melaka turut hadir.

Hajjah Zainon (Pengerusi MAP Melaka) bersama keluarga.

 Antara anak muda “pencetus perubahan” yang turut hadir.

Antara tetamu yang turut hadir.

Majlis dihadiri oleh sebilangan besar dari kalangan rakyat yang bersama dalam menuntut perubahan, dan masyarakat setempat. Antara lain yang turut hadir antaranya YB Tey Kok Kiew Ketua DAPSY Negeri Melaka dan rombongan DAP Melaka, Pengerusi NGO MAP (Memacu Arus Perjuangan) Negeri Melaka, Hajjah Zainon sekeluarga, saudara Singam dari Ngo SABM (Saya Anak Bangsa Malaysia), Pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri Melaka dan rakan-rakan wartawan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan saudara Badrul Hisyam Saharin atau lebih dikenali che’gubard dan Penyelaras Kebangsaan yang lain. Orang ramai mengambil peluang beramah mesra dan bertukar pandangan dengan Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan tersebut sambil menjamu selera.

Program berakhir sekitar jam 7.30 malam. Tetamu yang hadir dianggarkan sekitar 1000 orang. Insyaallah jika diberi kekuatan dan rezeki dari Allah SWT kita akan jadikan program rumah Terbuka SAMM Melaka ini sebagai program tahunan.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

 

ZURAIDI ABDULLAH

Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

[email protected]

 

 

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.