Home » SAMM

SAMM Parit Buntar Dilancar dan Dirasmikan

Submitted by on September 21, 2012 – 10:01 AMNo Comment

Kenyataan Media

20 September 2012
SAMM Parit Buntar Dilancar dan Dirasmikan

Solidariti Anak Muda Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran sebuah lagi kelompok besar anak muda di kawasan utara Perak dan seterusnya menjadi 'base' utama SAMM Perak. Majlis pelancaran SAMM Parit Buntar berlangsung semalam di Tapak Pekan Rabu, Batu 5, Parit Buntar.
SAMM Parit Buntar telah diilhamkan oleh YB Yunus Jamsari, dan nama SAMM Parit Buntar sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu apabila kumpulan anak muda ini rancak menyusun aktiviti. Kemuncaknya ialah di sebuah majlis berbuka puasa, pertemuan di antara kumpulan SAMM Parit Buntar dan SAMM Kebangsaan membuahkan hasil positif apabila perancangan melancarkan SAMM Parit Buntar menemui cambahnya.
Majlis pelancaran SAMM Parit Buntar begitu gemilang dengan penyertaan hampir 200 komrade dan kehadiran lebih dua ribu hadirin. SAMM Parit Buntar dilancar dan dirasmikan oleh Ketua Penyelarasnya sendiri iaitu Chegubard dengan disaksikan oleh YB Yunus yang menjadi pengacara hari ini dan juga penyelaras SAMM P.Buntar Saiful Azhan Abd Rashid.
Sebaik sahaja SAMM P.Buntar dilancarkan, Chegubard menerangkan serba sedikit mengenai gerakan anak muda SAMM kepada hadirin sebelum beliau meneruskan ceramah umumnya. Selepas majlis menutup tirai, satu pertemuan berlangsung dan SAMM Parit Buntar sedia mengisi tempat untuk beraksi menjadi pelopor anak muda di negeri Perak. Pelbagai program peringkat negeri disusun dan SAMM P.Buntar juga sedia untuk menghantar satu kumpulan delegasi ke Rapat Kebangsaan SAMM yang akan berlangsung awal bulan Oktober.
Dengan pelancaran SAMM Parit Buntar, melengkapkan lagi keluarga besar SAMM dalam meneruskan agenda anak muda menentang kezaliman sebuah regim. Syabas dan tahniah kepada anak muda SAMM Parit Buntar yang muncul ketika krisis negara memuncak untuk bergerak bersama SAMM menggoncang tanahair menuntut perubahan dalam erti kata sebenar. Anak muda harus menuntut perubahan itu, bukan sekadar menunggu sambil menjerit di facebook dan twitter semata.
SAMM terus diterima oleh golongan muda dan semoga SAMM terus bergerak maju sebagai peneraju anak muda tanahair ini.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.