Home » Kedah, SAMM

Santai Rider Muda SAMM “Hak Anda & Kuasa Polis”

Submitted by on September 17, 2012 – 3:52 AMNo Comment

Kenyataan Umum

16 September 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah/Perlis menganjurkan program bersama rider anak muda yang secara santai membicarakan tentang hak seorang penunggang motosikal dan kuasa polis di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Program santai yang lebih bersifat dialog dua hala antara peserta dengan peguam-peguam yang hadir tentang hak seseorang jika ditahan polis dan perkara lazim yang dilalui oleh penunggang bila berdepan polis. Di atas rasa tanggungjawab sebagai peneraju gerakan anak muda, SAMM Kedah/Perlis melihat program seperti ini wajar dianjur memandangkan tidak ramai penunggang yang tahu tentang hak mereka selain dari kerap ditipu atau di'pau' oleh anggota polis.

Peserta seramai 177 penunggang yang hadir bersama pelbagai jenis motorsikal diatur dan dipamer, telah mengambil peluang bertanyakan pelbagai soalan undang-undang khususnya berkaitan undang-undang jalanraya dengan Senator Saiful Izham Ramli dan Nasrul Omar.

Moderator program Miqhdad Shukri yang juga exco SAMM Kedah yang telah mengendalikan program dengan baik juga telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang penunggang tegar. Turut hadir ialah Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah dan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard, Ketua Penyelaras SAMM.

Kemuncak program, SAMM Kedah/Perlis melancarkan DVD eksklusif bertajuk 'Hak Anda dan Kuasa Polis' dan semua peserta program menerima DVD tersebut secara percuma. DVD yang sangat informatif ini juga akan terus diedar dalam program anak muda yang lain. Selain saguhati stiker bermutu tinggi SAMM untuk setiap peserta, hamper juga turut diberikan kepada 3 orang peserta dalam cabutan bertuah.

SAMM Kedah/Perlis juga akan memastikan Program Santai Anak Muda akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan fasa baru dan skala yang lebih besar.

Sekian,

Asrul Nizam Abdul Jalil
Penyelaras Negeri Perlis

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No tel: 0194342244
Email: [email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.