Home » Headlines, Kedah, SAMM

Tahniah SAMM Perlis / Kedah ; Program Santai Anak Muda Berjaya dan Akan Diteruskan ke Seluruh Negara

Submitted by on September 18, 2012 – 2:40 AMOne Comment

 YB Datuk Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah bersama dari mula program hingga akhir, sempat menyampaikan DVD khas filem pendek hak anda dan polis
 bersalaman dan mengedarkan dvd kepada semua yang hadir
 antaraanak muda yang hadir, majoriti bukan ahli mana parti politik
 melekatkan stiker Santai Anak Muda SAMM di motorsikal
 hampir semua yang hadir ‘sporting’ dan sempoi
 YB Senator Saiful menyampaikan hadiah cabutan bertuah
Selepas program sempat berkongsi pandangan mengenai mobilisasi anak muda bersama
YB Dr. Ismail Salleh
Kenyataan Terbuka
17 September 2012

Tahniah SAMM Perlis / Kedah ; Program Santai Anak Muda Berjaya dan Akan Diteruskan ke Seluruh Negara

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan dengan ini merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada komrad -komrad SAMM Kedah / Perlis khususnya kepada Saudara Miqdad atau kami kenali sebagai Komrad MQ selaku Pengarah Program.

Pada 15 September yang lalu sekitar 4-6 petang telah berlansung dengan jayanya program pertama Santai Anak Muda ‘Hak Anda dan Polis’. Program yang dicetuskan melalui rapat kebangsaan SAMM di yayasan Aman Penanti pada Jun yang lalu. Program yang berjaya mengumpulkan ‘rider muda’ seramai 177orang ini akan diteruskan selepas ini ke seluruh negara.

Santai Anak Muda ‘Hak Anda dan Polis’ ini pertujuan memperkasakan anak muda dengan pengetahuan undang – undang khususnya di depan anggota keselamatan. Ramai selama ini mangsa termasuk di pau,diperlaku ikut suka oleh anggota keselamatan. Namun SAMM yakin anak muda yang tahu dan paham mengenai undang – undang akan lebih berkhemah dan menjaga negaranya.

SAMM mengucapkan terima kasih kepada YB Dr Salleh kerana sudi hadir bersama dalam majlis tersebut. Selaku exco yang terlibat terus dengan anak muda, beliau cukup sempoi bukan sahaja sudi habiskan masa dari sebelum program bermula hingga akhir tetapi beliau juga kelihatan cukup dekat dan mesra dengan peserta yang hadir. YB Senator Saiful dan Saudara Nasrul ialah dua peguam yang hadir berkongsi pandangan mengenai undang – undang. Sesi kendalian mereka yang dibuat dengan cara soal jawab amat menarik kerana banyak soalan luar jangka dan dapat merungkai masalah kekeliruan undang – undang secara ‘praktikal’.

Terima kasih kepada Komrad Angah Habib (Penyelaras SAMM Kedah) dan Komrad Asrul (Penyelaras SAMM Perlis) kerana berani menjadi tuan rumah pertama dan acara ni akan diteruskan ke seluruh negara termasuk dalam skala yang kecil di kampung – kampung. Ini selari dengan jani penubuhan SAMM untuk menyusun massa muda dengan cara terbaik mengikut rasa dan rentak anak muda. Kebanyakan anak muda yang hadir ialah mereka yang tidak pernah memikirkan soal parti politik tetapi kini pelahan – pelahan mereka mula melihat peranan mereka ke arah merobah negara.

Semua peserta di bekalkan dengan DVD filem pendek mengenai Hak Anda Dan Polis, stiker Santai Anak Muda yang bakal menjadi trend dikalangan rider muda.

Sekian,

CheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

 

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.