Home » Uncategorized

Ahli Parlimen Harus Tolak Pembaziran Belanjawan JKKK Persekutuan

Submitted by on October 12, 2012 – 12:43 PMNo Comment

Kenyataan Umum
12 Oktober 2012
Ahli Parlimen Harus Tolak Pembaziran Belanjawan JKKK Persekutuan

Ahli – ahli parlimen Malaysia diminta meneliti belanjawan dan seharusnya menggunakan kesempatan perbahasan untuk memperbaiki belanjawan negara dan menolak pembelanjaan membazir. Minggu lepas SAMM melalui Penyelaras Kebangsaan Mohd Yaser Sheikh Abd Rahman telah mendedahkan satu fakta perbelanjaan yang seharusnya ditolak ahli parlimen iaitu perbelanjaan RM 20 juta membeli motorsikal polis. Yaser dalam kenyataannya menyatakan

Di dalam belanjawan disebut dengan jelas regim akan menubuhkan unit bermotorsikal meronda kawasan perubahan. Untuk itu regim mengumumkan akan menyediakan 1,000 unit motorsikal dengan memperuntukan RM20 juta. Ini membawa maksud sebuah motorsikal berharga RM 20,000. Bayangkan keadaan jenayah makin meruncing, setiaphari pasti ada kes jenayah seperti bunuh berlaku, namun atas kesengsaraan rakyat regim terus membuat untung dengan membeli motorsikal RM20,000 sebuah. Siapakah jutawan yang akan kaya dari hasil tersebut dan menteri mana yang akan meraih keuntungan dengan korporat terbabit pasti akan tampil membantu jentera pilihanrayanya.

 untuk membaca lanjut kenyataan Yaser sila klik sini.

Ahli parlimen harus tolak pembaziran belanjawan ini. Satu lagi aspek yang harus diteliti untuk ditolak ialah pembaziran mewujudkan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) persekutuan yang jelas membazir. Bayangkan untuk sebuah JKKK purata perbelanjaan elaun mereka minima RM1,000 sebulan dan berserta dengan tuntutan program, sewa pejabat dan seumpamanya didarabkan dengan berpuluh ribu kampung maka dalam satu tahun perbelanjaan mewujudkan JKKK persekutuan ini di negeri yang Bn kalah sudah tentu menghanguskan jutaan wang rakyat.

Kewujudan JKKK persekutuan ini bukan sahaja membazir tetapi kewujudan dua JKKK dalam satu kampung inilah antara punca perpecahan masyarakat setempat. Kewujudan JKKK persekutuan ini juga secara tidak langsung tidak menghormati konsep semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara ini. Sememangnya Bn kerajaan pusat tetapi mengapa payah dan ego sangat untuk mengiktiraf bidang kuasa kerajaan negeri dan berkerjasama. Bn harus belajar menghormati keputusan rakyat.

SAMM melihat pembaziran jutaan wang rakyat ini kerana mewujudkan JKKK persekutuan demi menjaga ego Bn harus dihentikan.

Sekian

Azlan Ishak
Penyelaras Kebangsaan

SAMM Segmentasi Anak Muda Felda dan Luar Bandar 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.