Home » Johor, SAMM

Bukti ‘korupsi’ Azalina Beredar Dalam Internet

Submitted by on October 12, 2012 – 8:21 PMNo Comment

Bukti 'korupsi' Azalina beredar dalam internet

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor
12 Oktober 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dengan ini ingin menarik perhatian semua termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa bukti rasuah yang bertebaran dalam internet seminggu dua ini yang mengaitkan beberapa pemimpin Umno Johor yang kononya menerima bayaran dari Yahya Abdul Jalil seorang ahli korporat yang terkait dengan kontroversi "crooked bridge".

Salinan cek RM 300,000 atas nama YB Azalina Othman yang diyakini dari Yahya Abd Jalil menuntut ahli politik Bn ini tampil memberikan penjelasan. Salinan cek ini hanya satu antara banyak lagi salinan dokumen yang mengaitkan Azalinan dan beberapa pimpinan Bn khususna di Johor berkaitan perkara yang sama.

Turut disebut dalam pendedahan di laman – laman web termasuk ada yang pro Umno juga menyebut mengenai pembayaran luar biasa kepada YB Awang Adek Timbalan menteri Kewangan dan dua orang lagi yang rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

SAMM Johor memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul semua butiran mengenai perkara ini bagi melengkapkan semua data bagi mendapatkan gambaran sebenar. Difahamkan juga SPRM sudah membuka fail mengenai perkara ini dan ada pula usaha tangan ajaib ingin melindungi perkara ini.

SAMM Johor mendesak SPRM supaya menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan dan tampil dengan hasil penyiasatan dalam masa terdekat. SAMM Johor akan menerbitkan risalah khusus mengenai perkara ini dalam masa terdekat kerana rakyat perlu mengetahui bagaimana mereka yang kononya berjuang atas nama rakyat dan berselindung atas nama Melayu tetapi merekalah punca jahanamnya negara ini dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Sekian.

Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.