Home » Kenyataan Media, SAMM

Isu filem hina Nabi ; Rusia lebih praktikal dari Malaysia

Submitted by on October 2, 2012 – 3:59 PMNo Comment

Kenyataan Umum
2 Oktober 2012

Isu filem hina Nabi ; Rusia lebih praktikal dari Malaysia

Banyak fokus umat Islam dalam mendepani perbagai isu seperti penyelesaian konflik di Syria dan seumpamanya teralih kepada isu kewujudan filem pendek 13 minit menghina Rasullullah. Konflik Syria sebenarnya bukan sekadar konflik gama tetapi konflik ciptaan Amerika untuk memusnahkan negara penentangnya ke arah laluan menghancurkan Iran bagi menjadikannya negara kuasa tunggal dunia.

Tidak langsung menafikan kepentingan untuk mengecam dan menghentikan sebarang bentuk penghinaan terhadap Rasullulah namun ia seharusnya dalam bentuk lebih praktikal. Di banyak dunia kebangkitan rakyat khususnya umat Islam seperti kelihatan terarah kepada mobilisasi rakyat semata.

Malah di Malaysia keadaan lebih parah apabila sentimen mobilisasi anti filem 13 minit itu diperguna pemuda Umno apabila perhimpunan itu turut melaungkan anti DAP dan menggesa PAS meninggalkan PR kerana ramai orang cina (klik sini untuk baca lanjut)

Namun berbeza perkembangan di negara bekas blok Kominis Rusia yang lebih praktikal dalam berdepan isu filem menghuna Nabi ini. 

Menurut laporan media Mahkamah Rusia membuka jalan bagi potensi penutupan You Tube, sebuah laman web perkongsian video dengan mengharamkan video hina Nabi Isnin lalu yang mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam.

Mahkamah Tverskoy di Moscow memutuskan bahawa video yang dibuat di Amerika Syarikat dan menggambarkan kononnya Nabi Muhammad sebagai bodoh dan kasanova, adalah "ekstrem".

Pendakwaraya, Viktoria Maslova memberitahu mahkamah bahawa video tersebut "memburukkan agama Islam dan menyebabkan peningkatan sikap tidak bertoleransi terhadap agama di Rusia," lapor agensi berita Itar-Tass.

Di bawah undang-undang yang akan berkuat kuasa pada 1 November ini, laman-laman Internet yang kandungannya diharamkan di Rusia akan diletakkan di dalam suatu daftar, dan pembekal-pembekal internet akan menyekat akses kepada laman-laman tersebut.

Pemilik YouTube, Google Inc, berkata mereka akan menyekat akses filem kepada pengguna di Rusia sejurus selepas mereka menerima keputusan mahkamah itu, lapor agensi RIA. 

Namun, Google tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi Reuters.

Google telah menyekat video selama 13-minit itu di beberapa negara-negara Islam termasuk Mesir dan Libya, dua negara di mana konsulat Amerika Syarikat telah diserang oleh penunjuk perasaan.

Namun di Malaysia kerajaan cuma seperti biasa regim hanya menggunakan sentimen luar untuk tujuan meraih keuntungan politik domestik semata – mata. Seperti isu Palestin kononya regim Umno Bn diperlihat pro Palestin dan begitu anti Israel tetapi hakikatnya regim ini tidak pernah berani melawan Israel atau Amerika sebaliknya Malaysia menghalalkan perdagangan membantu ekonomi Israel agar terus berdaya saing menindas Palestin


che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan
www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.