Home » Johor, SAMM

Jelajah bongkar skandal Scorpene gegar Johor 4 November – KeadilanDaily

Submitted by on October 29, 2012 – 11:21 PMNo Comment

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Siri jelajah membongkar rahsia pembelian Scorpene anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan menggegar Johor, 4 November ini.

Jelajah yang dilancar dan bermula pada 21 Oktober lalu di Pulau Pinang, dijadual akan bergerak ke Terengganu dan Pahang selepas itu.

Ketua Penyelaras SAMM, Badrulhisham Shahrin berkata, satu taklimat tertutup yang dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan pada hari sama sebelum ceramah berlangsung pada malam tersebut.

“Masih ada tempat kepada sesiapa yang berminat sertai taklimat tersebut, terbuka kepada rakan-rakan Pakatan dan NGO,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Taklimat yang bermula jam 4.30 petang di Pejabat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Bandar Baru Uda itu menyasarkan sekurang-kurangnya 250 penceramah sekitar Johor yang akan menguasai isu ini.

“Taklimat diadakan kerana ramai yang masih tidak faham isu ini, jadi kita ingin berkongsi agar maklumat dapat disebarkan dengan lebih cepat,” jelasnya ketika dihubungi.

Pada 9 malam pula, ceramah umum bakal mendedahkan segala dokumen serta bukti berkaitan skandal Scorpene bertempat di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

“Rakyat tidak sedar kepentingan kes Scorpene yang meliputi pelbagai jenayah termasuk penyelewengan wang, kebocoran maklumat negara serta pembunuhan Altantuya Shaariibu,” katanya.

“Kerajaan juga sebolehnya menafikan ada perbicaraan sedang berlangsung di Perancis sekarang, jadi kita akan tunjuk kepada rakyat semua dokumen dan bukti, berapa banyak komisyen, dan kenapa kita kata kapal selam itu tidak boleh menyelam,” jelas Chegu Bard.

Penceramah termasuk Chegu Bard; peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri dan Pengerusi Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.