Home » All Post

Jika benar pun, Anwar Luluskan Pembelian Scorpene, So What?

Submitted by on October 23, 2012 – 8:30 PMNo Comment

TELAH sampai ke pengetahuan penulis bahawa ada isu yang dibangkitkan baru-baru ini mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab yang meluluskan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 1995. Penulis tidak sempat dan tidak ada masa untuk meneliti kebenaran di sebalik dakwaan tersebut, tapi sekadar nak menyebutkan meluluskan pembelian tersebut kerana beliau sebagai Menteri Kewangan, itu tidak membuktikan apa-apa pun. Memanglah Menteri Kewangan meluluskan projek bernilai tinggi di negara ini, itu bukan masalah. Tapi perlu juga dilihat jangkamasa dari keputusan pembelian dibuat sehingga perjanjian pembelian dimuktamadkan. Dalam kes Scorpene, kelulusan didakwa dibuat pada 1995 tapi perjanjian hanya dimuktamadkan pada 2002 – 7 tahun selepas kelulusan diberi!! Dalam tempoh tersebut, banyak yang sudah berlaku, banyak juga butiran pembelian yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan Anwar sendiri pada 1995, berbeza sewaktu perjanjian dimuktamadkan pada 2002. Paling tidak nilai sudah berubah kerana inflasi dan tukaran wang asing semasa pada 2002. Yang dijadikan isu oleh Suaram sekarang ini (bukan Pakatan Rakyat), tidak ada kaitan dengan kelulusan yang diberikan pada 1995 kerana itu hanya blanket approval – perincian lain hanya dimuktamadkan sewaktu perjanjian ditanda tangani. Mungkin ada kesilapan di sana sini oleh Suaram dalam menengahkan hal ini, tapi itu tidak bermaksud, sesiapa wajar mengaitkan pembelian ini dengan Anwar. Peranan Anwar dalam hal ini hanyalah membantu Suaram, sekadar yang beliau tahu untuk mengukuhkan pendakwaan kes ini di Perancis nanti. Nampak sangat pihak yang cuba menyeret Anwar ke dalam skandal ini agak kurang cerdik, bahasa kasarnya, bodoh. Perkara itu tidak membuktikan atau menjelaskan apa-apa. Anwar dipenjarakan selama hampir 6 tahun, sepanjang tempoh itu beliau tidak tahu perkembangan semasa dalam soal pembelian ini. Penulis bagaimanapun tidak nampak bagaimana soal ini mampu menjejaskan imej Anwar. Memang selama hari ini beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan, mengesahkan beliau tahu tentang pembelian kapal selam ini sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Banyak benda dan perkara yang diuruskan Menteri Kewangan ini, agak mustahil untuk beliau ingat setiap butir perkara yang pernah diluluskannya atas kapasiti tersebut, apatah lagi perkara itu berlaku hampir 20 tahun dulu!! Hanya sebab bekas Setiausaha Sulit sebut, belum tentu betul.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=51508

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.