Laporan Polis SAMM Wilayah
16 Oktober 2012
LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA PEMUDA KEDAH PARTI KOMPONAN BARISAN NASIONAL (GERAKAN), TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM
Semalam kira-kira jam 11 pagi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang juga komponen penting Barisan Nasional telah mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.
Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Tetapi twitter Tan Keng Liang seperti yang dilampirkan di atas benar-benar kurang ajar dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan model lelaki tidak berpakaian (seluar) pendek kerana untuk elak lelaki dalam PAS teransang dan lebih kurang ajar apabila dia mempertikaikan jika PAS menguasai Putrajaya atlet akan dipaksa menutup aurat.
Tan Keng Liang bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam. Tan Keng Liang secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat.
SAMM Wilayah dengan ini membuat laporan polis berkenaan perkara melampau ini. Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.
Sekian laporan saya
Azmir Hj Mustaffa Penyelaras SAMM Wilayah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone