Home » Headlines, Kenyataan Media, N.Sembilan, SAMM

Negeri Sembilan Makin Lemah di Bawah Pentadbiran Umno Bn

Submitted by on October 29, 2012 – 11:28 AMNo Comment

Kenyataan Umum
29 Oktober 2012

Negeri Sembilan Makin Lemah di Bawah Pentadbiran Umno Bn

Merupakan rahsia umum kelewatan laporan audit negara ada kemungkinan dikaitkan dengan usaha cubaan menyelindungi skandal besar terdedah lagi khususnya menjelang PRU ke-13 yang amat dekat. Namun begitu kerana terlalu banyak kelemahan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno Bn ini maka sudah tentu tidak mampu dilindung semua. Bak kata pepatah ‘Bangkai Gajah manakan bisa ditutup dengan nyiru’.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius perkara ini, merujuk laporan Audit Negeri Sembilan 2011 contohnya telah membongkarkan banyak kelemahan dan berikut ialah sebahagian kecil disenaraikan;

  • Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri Sembilan punya ‘aset’ berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, TNB, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma menjadi RM590 ribu sahaja. Penjualan mendadak ini memerlukan penjelasan ?
  • Media propaganda Bn sering mengatakan bahawa P.Pinang mengenepikan pembangunan Islam namun semua ini berjaya dipatahkan dengan peningkatan tiap tahun peruntukan Hal Ehwal Agama Islam dari RM 25.7 juta (2008) dibawah Bn dan kini RM64.03 juta (2012) dibawah PR. Namun di Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Umno-Bn peruntukan untuk Hal Ehwal Islam menurun dari RM 7.15juta (2010) menurun kepada RM5.63juta (2011). Pengurangan serius ini akan mengakibatkan banyak program pembangunan dan keagamaan telah terbantut.

  • Penurunan buget Hal Ehwal Agama ini berkaitan dengan kelembapan ekonomi dan berkurangan pendapatan kerajaan negeri. Peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah Kerajaan Negeri dari RM85 juta jelas berkurangan ke RM 82.49 juta yang akan memberi kesan secara langsung terhadap keselesaan hidup rakyat,
  • Kerajaan negeri jelas makin hilang kemampuan untuk mengumpul pendapatan negeri. Pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99j menurun dengan serius ke angka RM280.11j
  • Ketika Laporan Audit memuji negeri bawah PR seperti Selangor walaupun memberikan air percuma dan perbagai bentuk kebajikan pada rakyat namun masih mampu catat lebihan hasil RM60 juta dan Kelantan dalam keadaan pusat menafikan banyak haknya tetapi Kelantan tambah aset RM90 juta namun kerajaan N.Sembilan di bawah Umno-Bn terus bergelumang dengan kelemahan pentadbiran bermain pada angka pendapatan kecil hanya dipastikan terus bernafas kerana hutang kerajaan pusat.
  • Meneliti isu perumahan jelas Kerajaan negeri lemah, dalam keadaan ramai memburu untuk memiliki rumah tetapi di N.Sembilan masih terbiar sekurannya 33 unit rumah awam harga rendah (RAHR) masih terbiar kosong sedangkan ada permohonan tidak diproses. Itu belum lagi meneliti bagaimana pemilik RAHR yang telah melangsaikan pembayaran 7 tahun lepas tetapi masih belum mendapat geran hak milik lagi. Malah ada antara pemilik tersebut telah meninggal dan menyukarkan proses tuntutan kelak.
  • Kerajaan Negeri berbangga dengan Program pembangunan Industri Lembu dan Kerbau. Namun ia sebenarnya terbuka dengan penyelewengan dan salah guna kuasa. Hampir 300 penternak menurut rekod telah menerima bantuan ternakan tetapi perjanjian masih belum disiapkan untuk ditandatangani. Persoalanya siapa penerima ini yang boleh menerima tanpa penjanjian ?
  • Pentadbiran Kerajaan Tempatan direkod amat lemah oleh Laporan Audit. Contohnya Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah membuat kelemahan ketara iaitu antaranya banyak kemudahan awam dibina atas tanah milik individu tanpa kebenaran, tiada rekod penyelenggaraan kemudahan awam berkala dan daftar inventori kemudahan awam berterabur. Ini amat memalukan, cukai dikutip dan ada berlaku kenaikan tetapi malangnya pentadbiran terus lemah.
  • YNS Management Sdn Bhd (YNSM) sebuah syarikat dibawah Yayasan Negeri Sembilan dilaporkan terus mengalami kerugian berjumlah RM0.43j berbanding modal berbayar RM0.50j.Ini berlaku kerana YNSM tidak punya aktiviti perniagaan yang memberansangkan. Rekod tadbir urus korporat terus gagal dalam jelas tidak mematuhi perkeliling pembendaharaan dalam perihal pembayaran bonus, elaun Lembaga Pengarah yang kebanyakanya lantikan politik.

 

Sekarang sudah tiba masanya untuk rakyat berfikir dari segi rekod jelas 4 tahun berturut – turut pencapaian dan rekod pentadbiran negeri di bawah PR cemerlang dibezakan dengan negeri di bawah Umno Bn seperti Negeri Sembilan.

Sekian

che’GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.