Home » All Post

Pegawai Kerajaan dihina ‘talibarut’, Ayuh bangkit bongkar penyelewengan selamatkan negara.

Submitted by on October 8, 2012 – 3:58 PMOne Comment
Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
8 Oktober 2012
Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.

Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melabel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka.

Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada pelbagai pihak, malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara.

Namun adakah mereka yang membocorkan maklumat penyelewengan ini wajar digelar tali barut? Seharusnya mereka digelar ‘hero rakyat’. Contohnya pegawai kastam yang membekalkan fail kemasukan cincin RM24.45 juta (yang telah dibongkarkan sebahagiannya) dan banyak lagi barang mewah berkaitan Rosmah (yang fail-fail ini masih tersimpan), adakah ia wajar dilabel tali barut? Pegawai Kerajaan itu sendiri tidak tahan melihat bagaimana pemimpin negara yang kononya bersifat ‘wasatiyah’ namun sangat membazir bermewah ketika majoriti rakyat sangat susah. Ini sesuai dengan amanah mereka menjaga negara.

Menuduh ‘pembongkar maklumat penyelewengan’ menerima habuan ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Pegawai kerajaan yang mendedah maklumat penyelewengan ialah antara mereka yang sedar dan insaf betapa negara ini perlu diselamatkan. Mana mungkin mereka juga punya sikap seperti koruptor yang dibongkar mereka? Usaha melebel mereka menerima habuan hanyalah usaha menyelamat regim yang dibongkar penyelewengan mereka.

Pegawai Kerajaan yang tampil membekal maklumat penyelewengan ini bukan sahaja mereka yang berani menyalur maklumat malah SAMM sendiri pernah menerima sampul surat dokumen membongkar penyelewengan dengan wang tunai RM500.00 . Menurut pembekal maklumat tersebut gunakan wang tersebut untuk duit minyak dan sebagainya untuk membongkar penyelewengan dan menyelamatkan kepentingan rakyat dari diselewengkan.

Dalam isu pembelian kapal selam contohnya SAMM yakin mana mungkin pegawai kerajaan semuanya diam apabila ia melibatkan pembaziran wang rakyat bukan itu saja lebih serius ia melibatkan penjualan maklumat ketenteraan negara kepada pihak asing.

Jangan terkejut dalam pelbagai agensi kerajaan sudah ramai pegawai tinggi yang sudah sedar dan mula tampil ke depan. Ini juga hasil dari kesedaran bahawa perubahan tampuk pemerintahan mungkin terjadi. Hanya wujud segelintir pegawai yang masih bersungguh – sungguh mempertahankan korupsi dan penyelewengan yang wujud di atas kepentingan tertentu.

Kepada semua pegawai kerajaan SAMM menyeru, bangkit dan tampillah dengan berani. Sama ada terang – terang atau menyembunyi identiti bersama dengan gelombang rakyat membongkar penyelewengan dan menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa jasad kerajaan itu yang sebenarnya perlu diselamatkan, bukan parti politik atau individu tertentu. Mempertahankan kerajaan ialah mempertahankan kepentingan rakyat dan negara tercinta. Di depan kamu ada pilihan jelas ikut jalan yang rutin melindungi semua aktiviti memusnahkan negara atau buat jalan sendiri seterusnya menyelamatkan negara dan akan dikenang dalam sejarah anak cucu sebagai hero rakyat yang sebenar.

Sekian

che’GuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

One Comment »

  • eddie haryianto says:

    Pegawai kerajaan adalah orang yang tidak berpartisan. Artinya tidak berpihak pada sesiapa kecuali kerajaan.Tugas mereka adalah melaksanakan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan dengan jujur.Dan mereka juga wajib melapurkan ketidakadilan dan penyelewengan.Apakah mereka ini, yang jujur dicop sebagai talibarut? Bangunlah wahai penjawat awam. Jangan kita diperkudakan oleh mereka yang tidak punya pendirian. Mereka bersuara kerana wang, dan kita bersuara kerana tanggungjawab. Mereka adalah ‘merceneries’. Taat hanya ada wang.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.