Home » Kenyataan Media, N.Sembilan, SAMM

Pendedahan Azmin seharusnya mengingatkan NS dengan isu jalan

Submitted by on October 2, 2012 – 6:31 PMNo Comment

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan

2 oktober 2012

Pendedahan Azmin seharusnya mengingatkan NS dengan isu jalan

Merujuk kenyataan pendedahan YB Azmin Ali ahli parlimen Gombak semalam berkenaan dengan pembinaan jalanraya menuju ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah sepanjang 0.9 km yang menelan belanja RM 14.9 juta. Angka ini amat memeranjatkan bagaimana ia dibina sehingga menelan belanja sebanyak itu. Jalanraya di Sabah amat teruk kualitinya sedangkan jalan ke pejabat ahli politik Sabah menelan belanja yang begitu tinggi. Pendedahan segera perlu digerakkan untuk mengetahui siapakah di belakang pembaziran besar wang rakyat ini khususnya rakyat negeri Sabah.

Dengan pendedahan Azmin ini SAMM N.Sembilan mengingatkan bahawa kes serupa ini juga pernah berlaku di Negeri Sembilan walaupun jumlah perbelanjaannya tidak segila di Sabah namun nilainya tetap tinggi. Projek yang dimaksudkan ialah menaik taraf (jalan asal sudah ada) jalanraya di Chennah, Jelebu sejauh 5km yang menelan belanja RM 41 juta. Ini semua seharusnya menjadi bukti yang mengingatkan rakyat bahawa nilai billion yang diumum kononnya untuk kemudahan rakyat dalam belanjawan negara tidak akan bermakna apa-apa kerana masalah ketirisan dan rasuah terus tidak dibendung.

Setiap kali belanjawan buaya lapar kroni mereka akan terus kenyang tetapi rakyat cuma dapat halwa telinga. Menyentuh mengenai rebet telefon 3G sebanyak RM200 yang diumum oleh Najib selaku Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri untuk membeli undi anak muda ditegaskan ia hanya gimik semata. Kita selama ini sememangnya sudah diberikan rebet / potongan tertentu dari syarikat telekomunikasi contohnya saya baru miliki telefon pintar 3G dari DIGI dengan rebet RM600 lebih tetapi Najib baru mahu beri RM200. Strategi pemberian rebet sememangnya sudah menjadi strategi pemasaran syarikat telekomunikasi sejak lama dulu, kini Najib baru sedar dan mahu meniru mengambil kesempatan dengan harapan membeli undi anak muda. Bagi kami semua anak muda, ambillah mana yang patut di ambil tetapi undi harus diberikan kepada 'agenda perubahan'.

Sekian.
















Hamizan Hj Bahtiar
Penyelaras (Bersama) SAMM N.Sembilan


Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.