Home » Headlines, Johor, Kenyataan Media, SAMM

Polis Lari dan Hilang Ketika Umno Buat Kekecohan, Kamera Video Diselamatkan SAMM

Submitted by on October 29, 2012 – 3:08 AMNo Comment

28 Oktober 2012
Kenyataan Umum SAMM

Polis Lari dan Hilang Ketika Umno Buat Kekecohan, Kamera Video Diselamatkan SAMM

Pada 27 Oktober kira kira jam 8.45 malam, saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam, Masai untuk satu program Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR.

Ketika saya sampai dan duduk di kawasan yang dijadikan pentas, seorang yang saya pasti anggota polis datang memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja progam hendak dimulakan pada jam 9.00 malam, dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai orang Umno memasang pembesar suara dengan kuat memainkan rakaman ceramah. Perlakuan tersebut sangat mengganggu majlis ceramah yang telah disusun jauh lebih awal.

Menurut penganjur, mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dua minggu lalu secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran dari pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dengan nada amat kuat untuk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang, namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 orang remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dalam balai raya membalas dengan teriakan termasuklah dengan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kepada polis, saya sendiri cuba menelefon polis tetapi jaminan untuk datang tidak ditunai. Malah anggota polis yang sebelum ini berada di kawasan ceramah yang beruniform semua hilang. Diyakini ada yang tidak beruniform hanya membatukan diri.

Ketika giliran saya berucap, kumpulan yang dikenalpasti sebagai Umno telah meninggikan lagi volume suara. Keadaan mula tegang, saya bertanya kepada anggota polis yang ada di sekitar supaya muncul dan adakan perbincangan. Lantas ada pengunjung yang menunjukkan kamera yang dipasang oleh polis yang tidak beruniform sebentar tadi. Lalu tanpa membuang masa saya tanya sebanyak 3 kali dan memberi masa untuk minta polis tampil ke depan. Orang ramai sahut dan turut teriak panggil polis namun polis tidak muncul.
Ketika itu juga ada hadirin ceramah yang mula rapat dengan kamera polis dalam keadaan marah. Saya minta semua petugas SAMM ke depan untuk kawal keadaan ketika provokasi dari umno masih berterusan dan saya arah petugas supaya pastikan keadaan terkawal kerana jika berlaku pergaduhan maka sudah tentu remaja yang dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal untuk ke satu lagi ceramah di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota polis dari pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor) meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tetapi kamera itu diselamatkan oleh SAMM daripada didapati rosak jika berlaku kekecohan. Mereka kata ada anggota lihat saya yang bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yang sengaja biar dan diamkan provokasi umno. Apakah mereka ini hanya bertindak sekiranya pihak PR membalas provokasi?

Saya rakam simpati dengan anggota polis yang kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yang hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir tetapi diam saja melihat provokasi Umno.

Saya simpati dan InsyaAllah di bawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg

PS: kenyataan kedua bertarikh 29 Oktober selepas ini…

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.