Home » Headlines, SAMM, Selangor

Rapat SAMM Kebangsaan (Pengurusan) 03/2012 | 5-6 Oktober 2012 | Sekinchan Selangor

Submitted by on October 4, 2012 – 10:28 PMNo Comment

Rapat SAMM Kebangsaan (Pengurusan) 03/2012 

5-6 Oktober 2012, Sekinchan Selangor

Rapat SAMM Kebangsaan (pengurusan) masuk siri ke-3 untuk tahun 2012. Rapat SAMM Kebangsaan kali ini akan dianjurkan oleh SAMM Selangor dan dijangka akan menerima kunjungan delegasi dari seluruh negara termasuklah dari kolum baru SAMM Parit Buntar.

Rapat kebangsaan sebelum ini di Penanti, Pulau Pinang banyak mendatangkan hasil apabila SAMM di semua negeri bergerak hebat menganjur pelbagai program kemasyarakatan setempat mahupun program kebangsaan. Walaupun memasuki bulan Ramadhan, seluruh negara digegar dengan nama SAMM di mana setiap SAMM negeri memainkan peranan menganjur pelbagai program. Kemuncaknya, SAMM dilihat sangat berjaya dalam penganjuran Sambutan Ambang Kemerdekaan Janji Demokrasi dan himpunan rakyat itu berlangsung tanpa sedikitpun penglibatan parti politik, ia adalah himpunan rakyat, ia juga himpunan anak muda dan SAMM menerajuinya.

Pertembungan besar bakal berlaku bagi mengharungi detik reformasi dan revolusi Malaysia baru. Percayalah samada regim yang zalim itu tumbang ataupun bertahan, revolusi tetap berlaku dan ia hanya dipisahkan oleh suatu detik iaitu pembubaran parlimen. Di manakah SAMM dan apakah peranan SAMM ketika krisis memuncak, inilah masanya untuk sama-sama menentukan.

SAMM perlu bukan sahaja dilihat kuat sebagai peneraju anak muda, tetapi SAMM perlu menjadi sandaran terpenting bagi anak muda meletakkan harapan dalam menyelamatkan negara ini. Rapat kebangsaan ini terpanggil bagi meletakkan SAMM ke landasan paling tepat dan perkiraan ini adalah terhasil dari resolusi terbaru oleh kelompok terbaik komrade SAMM.

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.