Home » All Post

SAMM bersama SUARAM akan lancar Jelajah Skandal Scorpene

Submitted by on October 16, 2012 – 2:21 AMNo Comment

SAMM bersama SUARAM akan lancar Jelajah Skandal Scorpene

Kenyataan Umum
15 Oktober 2012



SAMM – SUARAM Jelajah Negara Terang Isu Scorpene

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan kepada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan ‘kit ceramah’ berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen – dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar – benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada ‘rapat umum’ Ceramah Penerangan Skandal Scorpene yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama – nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

21 Oktober 2012 

Taklimat Tertutup Skandal Scorpene 
12 tengahari – 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada [email protected].

Ceramah Umum ‘Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene’
9.00 mlm – 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.

4 Nov 2012 – siri Zon Selatan di Johor

10 Nov 2012 – siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara. Tekad SAMM untuk membantu SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai yang menguasai skandal scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan skandal scorpene kepada rakyat.

Sekian.

cheGuBard
Ketua Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.