Home » Kenyataan Media, SAMM

SAMM kesal kenyataan PM ; Malaysia tak perlu pergerakan hak wanita

Submitted by on October 2, 2012 – 6:51 PMNo Comment


Kenyataan Umum
SAMM Segmentasi Wanita Muda Kebangsaan
2 Oktober 2012
Solidariti Anak Muda Malaysia Segmentasi Wanita Muda (SAMM Wanita Muda) merasa kesal dan kecewa dengan kenyataan angkuh dan sombong Perdana Menteri Malaysia dalam Sambutan Hari Wanita 2012 hari ini di Sunway Pyramid.

Dalam laporan satu media internet (klik sini untuk baca lanjut) menyebut Najib menyatakan Malaysia tidak memerlukan sama sekali pergerakan hak wanita dalam negara ini. Beliau selaku Menteri Wanita dalam Majlis anjuran Kementerianya telah menghina perjuangan aktivis – aktivis hak wanita dalam negara ini. Majlis Sambutan Hari Wanita anjuran Kementeriannya (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) ini seharusnya diadakan atas semangat menghargai perjuangan dan sumbangan wanita kepada negara, namun oleh kerana inilah kali pertama negara dan rasanya di dunia Menteri Wanita lelaki maka dengan jelas Menteri Wanita ini tidak menghormati sensitiviti dan melakukan penghinaan terhadap perjuangan wanita dalam majlis tersebut.

Najib jelas tidak memahami peranan menteri wanita dan tidak langsung ada gender sensitiviti kerana bukan sahaja menghina perjuangan aktivis wanita sebagai tidak perlu tetapi dalam ucapanya menyatakan pula lelaki sebagai spesis terancam di negara ini kerana 'kecemerlangan' wanita.

SAMM menuntut Najib berundur sahaja sebagai menteri di kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat kerana jelas dia sendiri tidak faham peranannya sebaliknya hanya makan gaji buta selaku menteri di kementeri tersebut. Jika benar apa yang dikatakan Najib menjadi polisi kerajaan Bn yang tidak perlukan perjuangan pembelaan wanita maka seharusnya bubarkan sahaja terus kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Maka tidak hairanlah dalam belanjawan tahun ini walaupun pada keseluruhannya meningkat 8%, tetapi peruntukkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalami penurunan sebanyak 6%, dengan pengurangan sebanyak RM115 juta. 

Trend penurunan ini konsisten sejak 2010. Pada tahun 2010, Kementerian diberi peruntukan sebanyak RM2.4 bilion, kemudian pada tahun 2011, ia jatuh ke RM2 bilion, kemudian jatuh lagi pada tahun 2012 ke RM1.9 bilion dan sekarang untuk 2013 ia terus menurun ke RM1.8 bilion. 

Dalam ucapan belanjawan 2013, PM Najib cuma menonjolkan kononya belanjawannya prihatin wanita dengan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk latihan Wanita untuk menjadi pengarah syarikat, latihan usahawanan (entrepreneurial training), latihan “online marketing” dan ujian mamogram. Inilah hasilnya apabila menteri Wanita adalah seorang lelaki. Jelas sekali Najib tidak faham langsung apa sebenarnya keperluan dan aspirasi Wanita dan masih melihat isu wanita dengan cara seksis. Pemahaman beliau mengenai isu-isu Wanita seolah-olah terhad kepada "bagaimana untuk membuat Wanita lebih menjadi seorang ahli perniagaan" dan peperiksaan payudara.

Dalam kesempatan ini juga SAMM Wanita Muda menyambut baik dan mengajak rakyat melihat tawaran belanjawan alternatif negara yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang mengandungi tawaran Caruman Wanita Nasional dan Skim Elaun Penjagaan.

Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemunkginan yang boleh terjadi. Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama.   

Sasaran skim ini adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun. Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun. Walaupun skim ini adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi. Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income).

 Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan. Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun. Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang berkerja.Skim ini dilihat usaha bersungguh untuk membebaskan serta memperkasa wanita untuk bekerja sendiri dan menyumbang secara serius kepada negara.

Sekian.















Young Syefura Othman 
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.