Home » All Post, Melaka, SAMM

SAMM Melaka – LAPORAN POLIS TERHADAP TAN KENG LIANG (KETUA PEMUDA GERAKAN NEGERI KEDAH) KERANA MENGHINA ISLAM.

Submitted by on October 18, 2012 – 4:47 PMNo Comment

Semalam (17 Oktober 2012) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Melaka telah melengkapkan Laporan Polis SAMM seluruh Negara terhadap Ketua Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keng Liang kerana telah mempersendakan dan menghina Islam (berhubung tuntutan hukum menutup aurat kepada umat Islam) di dalam akaun twitternya pada 15 Oktober yang lalu.

Laporan bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Laporan disusuli oleh SAMM Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang, SAMM Wilayah dan Johor.

           Memberi Penerangan Kepada Media Sebelum Membuat Laporan Polis.

    Antara yang turut hadir memberi sokongan.

 Program bermula sekitar jam 2.15 petang dengan penerangan kepada wartawan yang telah di adakan di perkarangan tempat letak kereta di hadapan Balai Polis Melaka Tengah Banda Kaba Melaka. Program ini juga telah mendapat sokongan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang mana Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah, Tuan Haji Sapian (Ketua Cabang Keadilan Kota Melaka), Saudara Freddie Lim Seong (Penerangan keadilan Bukit Katil) dan anak-anak muda yang turut  bersama memberi sokongan. Di dalam siding media itu juga SAMM Melaka sempat memberi penenrangan kepada wartawan tentang program SAMM bersama SUARAM  – Jelajah Skandal Scorpene di mana Pelancaran dan siri jelajah bermula pada  21 Oktober 2012 di Tasek Gelugor Pulau Pinang dan siri jelajah berikutnya pada :-

4 Nov 2012 – siri Zon Selatan di Johor
10 Nov 2012 – siri Zon Pantai Timur di Pahang

Sekitar jam 2.45 petang Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) iaitu saudara Zuraidi Abdullah mula memasuki ke dalam balai polis dan membuat laporan tentang perkara tersebut. Di dalam laporan polis itu juga SAMM menyeru dan mendesak pihak polis agar  membuka Kertas siasatan, Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain seperti mana yang berlaku kepada  Ketua penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisyam Shaharin ataupun lebih dikenali sebagai Che’guBard, yang mana beliau pernah ditahan dan telefonnya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu.

Selepas Selesai Laporan Polis Di buat.

Berita menghiasi Sinar Harian Edisi Melaka & NS Bil 2226.

Berita turut menghiasi di dada akhbar berbahasa Cina.

 Laporan polis berakhir sekitar jam 4.00 petang. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara.

“Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-kata”

Zuraidi Bin Abdullah,                                                                                                                                                  Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.