Home » All Post, Headlines, Melaka

SAMM Melaka – SAMM Melaka mendekati golongan muda dan penubuhan SAMM Melaka FC.

Submitted by on October 22, 2012 – 2:07 AMNo Comment

BATU BERENDAM (21 Oktober 2012)  – SAMM Melaka telah menyertai Kejohanan Futsal Piala Ubah  Anjuran DAPSY Negeri Melaka yang telah berlangsung di Batu Berendam Futsal Stadium. Kejohanan tersebut telah disertai berjumlah 38 pasukan. SAMM Melaka FC telah diundi bersama di dalam kumpulan F bersama pasukan CINDAI FC dan KB SIX FC.

SAMM Melaka FC

Bergambar kenangan bersama Penganjur Program.

 Seminggu sebelum menyertai kejohanan tersebut SAMM Melaka FC telah dibentuk dengan penyertaan komrad SAMM Melaka yang baru dan bebarapa komrad baru telah diberi harapan dan kepercayaan untuk menggalas tanggung jawab menyertai Kejohanan tersebut dengan membawa nama SAMM Melaka.  Komrad Khalid telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan SAMM Melaka FC.

Komrad Khalid (Pengurus Pasukan) memberikan kata-kata semangat sebelum perlawanan bermula.

SAMM Melaka telah berjaya memasuki peringkat seterusnya (peringkat kumpulan) dan nasib tidak menyebelahi SAMM Melaka FC apabila  tumpas di dalam pusingan kalah mati (pusingan kedua).

Di dalam program itu juga SAMM Melaka telah berjaya mendampingi golongan muda dan di dalam program tersebut juga SAMM Melaka telah bertemu dengan ahli-ahli (komrad) SAMM Melaka yang baru yang terdiri dari golongan mahasiswa tempatan. Sempat bertukar-tukar pendapat dan merancang bebarapa program baru bagi mendekati anak muda dan memecahkan tembok pemikiran anak muda untuk bersama dalam arus “perubahan” bagi negeri Melaka dan Malaysia.

Menyerahkan sijil penyertaan kepada komrad (SAMM Melaka FC)

Menyerahkan sijil penyertaan kepada Pengurus Pasukan SAMM Melaka FC (Komrad Khalid)

Ahli pasukan SAMM Melaka FC bersama sijil penyertaan dari pihak penganjur

Bergambar kenangan bersama Piala Kejohanan Futsal Jom Ubah.

Di akhir program ahli pasukan SAMM Melaka FC telah diberikan sijil penyertaan oleh penganjur. Insyaallah di masa akan datang SAMM Melaka FC cuba menganjurkan bebarapa program riadah ataupun sukan bagi mendekati golongan muda.

“Perubahan itu perlu di desak,  bukan ditunggu”

Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata.

 

Zuraidi bin Abdullah

Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

[email protected]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.