Home » Kenyataan Media, N.Sembilan, SAMM

[SAMM N.Sembilan] Himpunan Aman dan Penyerahan Memorandom “Selamatkan Pantai Kita”

Submitted by on October 25, 2012 – 11:00 AMNo Comment

Kenyataan Umum

24 Oktober 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan bersama seluruh peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson telah hadir dalam satu siri demo bantahan di hadapan Wisma Negeri di Seremban, N.Sembilan. Bantahan adalah berkisar isu penambakkan pantai Teluk Kemang dan isu persatuan peniaga kecil melayu yang ditindas oleh pemimpin Umno setempat termasuklah YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Sebuah memorandum turut sedia untuk diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seramai hampir 100 orang muncul di depan Wisma Negeri pada jam 11 pagi untuk bertemu Menteri Besar N.Sembilan untuk mengadu nasib dan menyampaikan memorandum. Namun MB N.Sembilan tidak sudi untuk mendengar rintihan rakyat di atas kesibukan mengurus negeri, hanya diwakili oleh sdr Zulkifli Awang yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar.
Demonstrasi bantahan berpunca daripada isu penambakkan pantai Teluk Kemang, telah menimbulkan suasana yang menjejaskan periuk nasi mereka yang saban tahun berniaga di Teluk Kemang. Penambakkan pantai juga merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai teluk kemang yang selama ini menjadi pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari bandaraya Kuala Lumpur di atas faktor pantainya yang landai dan lokasinya yang strategik.
Penambakkan pantai di atas alasan ‘pantai sempit’ tidak releven. Ia akan menjurus kepada kerosakkan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf antara pantai selesa yang selamat berbanding pantai di tempat lain yang berselut lumpur, dan terdedah kepada bahaya air pasang surut yang jauh dari gigi pantai.
Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakkan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman lantas direkodkan telah banyak nyawa pengunjung yang melayang. Akhirnya pantai tersebut dihindari oleh pengunjung. Inilah yang amat dikhuatri akan berlaku di pantai Teluk Kemang. Nescaya dalam jangka masa panjang negara akan kehilangan satu pusat pelancongan yang paling digemari dan dalam jangka masa pendek pula, peniaga akan mengalami kerugian yang berterusan dan ramai yang bakal hilang mata pencarian di atas projek yang terburu-buru ini.
Dalam demonstasi yang sama, Persatuan Peniaga Kecil Melayu juga ingin memohon kepada Menteri Besar supaya segera menyelesaikan kemelut persatuan mereka yang kini telah disebotaj oleh beberapa pimpinan umno setempat bersama pihak berkuasa tempatan bagi menutup segala kemungkaran dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengerusi persatuan yang terdahulu.
Antara lain perkara berbangkit yang menyebabkan demonstrasi dianjur adalah seperti berikut;

* Perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi banyak menimbulkan tandatanya

* Membantah pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor

* Mohon gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti yang baru

* Memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya supaya perniagaan tidak terhenti lama

* Pampasan yang setimpal sekiranya projek penambakkan ini diteruskan

Maka dengan ini SAMM N.Sembilan berperanan menjadi platform bagi rakyat yang tertindas bagi menyelesaikan masalah yang tidak dihiraukan oleh mana-mana kerajaan pemerintah samada di peringkat negeri atau negara. SAMM N.Sembilan akan mengaturkan satu sidang media dan pertemuan di antara semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri yang berkaitan di parlimen pada minggu hadapan.

Sekian,
Azizi Abd Aziz
Pengarah Seketariat
(bp SAMM Negeri Sembilan)
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.