Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM, Selangor

SAMM Selangor membuat Laporan Polis Terhadap Sdr. Hamidzun Khairuddin ( Presiden GAPS) mengenai Kes Pecah Amanah PKNS

Submitted by on October 9, 2012 – 6:06 PMNo Comment

Laporan Polis dibuat di IPD Sabak Bernam pada Jam 12.00 tengah hari oleh Sdr. Azhar Achil (Penyelaras SAMM Selangor) bersama Komrad SAMM Selangor terhadap Sdr. Hamidzun Khairuddin yang juga sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengenai Dua Dokumen yang menunjukkan Kes Pecah Amanah PKNS.

 

Kenyataan Media
9 Oktober 2012

Laporan Polis Dokumen Menyatakan Penyelewengan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Bin Khairuddin pernah melakukan ‘penyelewengan’ ketika menjadi peguam kepada PKNS. Penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.

Walaupun kononnya telah membayar semula kemudian setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap salah.

Hari ini SAMM tampil untuk membuat laporan polis. Amat adil bagi penama tersebut untuk polis melakukan siasatan dan polis boleh membersihkan nama penama tersebut jika mendapati dokumen tersebut tidak betul. Lebih menggusarkan jika dokumen tersebut betul tindakan harus diambil kerana khuatir ramai lagi akan diperdaya menggunakan gelaran peguam yang disandangnya.

Sekian.

(Azhar Achil)
Penyelaras Bersama,

Solidariti Anak Muda Malaysia
SAMM Selangor.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.