Home » All Post

Satu Malaysia dahulu ? Khairy hipokrit !

Submitted by on October 20, 2012 – 12:38 AMNo Comment

Kenyataan Umum
18 Oktober 2012

Khairy hanya salinan pimpinan pemuda Bn yang hipokrit dan bercakap ikut khalayak

Membaca laporan media mengenai forum pembangunan ekonomi anjuran Alumni Chevening Malaysia yang melaporkan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menyebut kononya bagi beliau satu Malaysia dahulu baru Melayu semua pasti dapat melihat betapa hipokritnya pimpinan Umno ini.

Dia hanya ‘salinan’ pimpinan Umno yang lain yang hanya bercakap dalam bahasa yang mampu memukau penonton berdasarkan khalayak.

Kita tidak akan lupa ucapan Khairy yang berbunyi  “…… jika Umno lemah, kaum Cina akan mengambil kesempatan untuk membuat pelbagai tuntutan”yang jelas menunjukkan sikap perkauman menebal dalam satu program Umno di Kedah.

Kita juga tidak boleh terlupa bagaimana pemuda Umno dibawah beliau mewujudkan laman sosial yang mengecam dan menghina agama lain bertujuan mewujudkan suasana kurang senang antara agama untuk kepentingan politik mereka. Walaupun Khairy menafikan pada peringkat pemulaan termasuk mengarahkan pemuda Umno membuat laporan polis tetapi akhirnya dia sendiri mengeluarkan kenyataan berbelit – belit apabila dia terperangkap kerana dikesan pernah melakukan komunikasi dengan pengendali laman sosial tersebut. Akhirnya pemuda Umno meminta maaf secara sorok-sorok. untuk baca lanjut klik sini Khairy Kantoi dan Laman Umno pun kata Kj menipu isu FB

Itu belum lagi menyebut bagaimana dia menggunakan sentimen anti penghinaan terhadap Rasullullah untuk membuat himpunan tetapi sebaliknya mengeluarkan kenyataan ‘perkauman’ meminta PAS meninggalkan PR kerana ramai orang cina dalam PR. klik sini Khairy dicabar umum Pemuda Bn tak perlu undi Cina.

Kenyataan Khairy yang kononya mendahulukan satu Malaysia hanya kenyataan hipokrit mengikut khalayak pendengar semata – mata. Inilah cara pemimpin Bn bergerak dengan sentiasa bermuka – muka dan menggunakan taktik ular kepala dua. Klik sini untuk baca taktik ular kepala dua .

Contohnya kini jelas dalam kes Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang menghina Islam dengan menulis melalui akaun twitternya yang menghina tuntutan menutup aurat dengan menyifatkan lelaki kena berseluar pendek supaya gay jangan teransang dan jika PAS kuasai Putrajaya maka mutu sukan negara akan merudum kerana atlet kena pakai menutup aurat. Khairy selaku Ketua Pemuda Umno dituntut menyatakan pendirian dan organisasi Pemuda Bn mahupun Gerakan dicabar mengambil tindakan terhadap Tan Keng Liang.

Sekian.

che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.