Home » Headlines, Kenyataan Media, SAMM

Tawaran Hebat Set DVD BERSIH Merdeka Rakyat Hanya di Karnival Konsert BERSIH

Submitted by on October 11, 2012 – 9:25 AMNo Comment
Kenyataan Terbuka
11 Oktober 2012
Tawaran Hebat Set DVD BERSIH Merdeka Rakyat Hanya di Karnival Konsert BERSIH

Menjelang konsert BERSIH Karnival 8T yang akan diadakan tidak kurang dari 48 jam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang begitu sinonim dengan pergerakan BERSIH menjemput hadir semua rakyat tidak kira apa jua latarbelakang. SAMM merupakan sebuah gerakan anak muda yang bingkas menuntut pilihanraya bersih dan adil sedari awal dan turut berjuang bersama NGO BERSIH terutamanya ketika menjadi tunjang utama demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Ayuh hadir ke Konsert BERSIH ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya (Stadium MBPJ) pada 13 Oktober 2012 dan anda berpeluang untuk mendapatkan DVD Merdeka Rakyat bersama pakej yang menarik.

DVD BERSIH Merdeka Rakyat telah dilancarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada siri awal Jelajah Merdeka Rakyat di mana dokumentari 59 minit ini ditayangkan satu jam sebelum setiap siri Merdeka Rakyat bermula. Diterbit sendiri oleh SAMM, DVD ini wajib dimiliki dan ditayangkan di setiap rumah bagi meningkatkan kesedaran selain menafikan pengaruh dari media perdana yang berat sebelah dalam isu Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil khususnya peristiwa bersejarah BERSIH 3.0.

Dokumentari BERSIH Merdeka Rakyat juga memberi tekanan yang besar kepada KDN apabila memberikan gambaran sebenar apakah yang sebenarnya berlaku pada 28 April, sehingga KDN gagal menayangkan video kononnya keganasan peserta BERSIH setelah beberapa kali tertangguh. Dokumentari ini juga mengimbau kembali bagaimana sejarah himpunan BERSIH bermula dengan segmen BERSIH 1 dan 2 dan mengapa himpunan BERSIH berlaku.

 

Turut dimuatkan dalam DVD ini ialah kompilasi keganasan pihak polis yang sehingga hari ini didiamkan dan tidak mampu dijawab oleh mana-mana pihak apakah undang-undang yang membenarkan pihak polis memukul, menendang, memijak dan rata-ratanya seperti cubaan membunuh yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Himpunan BERSIH berlangsung aman sebelum pihak polis yang merusuh.

SAMM juga melalui DVD BERSIH Merdeka Rakyat ini menjelaskan bahawa kononnya peserta BERSIH menyebabkan kenderaan polis terbalik adalah suntingan tidak adil yang disiarkan dalam Buletin TV3, malah SAMM membuktikan provokasi sebenar yang berlaku dan apakah punca kenderaan polis diterbalikkan.

Hadirlah beramai-ramai ke konsert BERSIH, menghayati 8 tuntutan BERSIH yang masih belum dilaksanakan secara konstruktif sambil menyokong sebuah pilihanraya yang bersih dan adil pada PRU-13. Pastikan anda tidak pulang tangan kosong, dapatkan DVD Bersih Merdeka Rakyat.


Sekian

Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.