Home » Uncategorized

UMNO Terlibat Seludup Wang ke Hong Kong

Submitted by on October 12, 2012 – 1:52 PMNo Comment

Kenyataan Umum
12 Oktober 2012

grafik dari laman Malaysiakini

UMNO Terlibat Seludup Wang ke Hong Kong

Semalam Menteri Hal Ehwal undang Undang Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen Malaysia memperakui kewujudan wang RM 40juta yang diseludup melalui Hong Kong milik seorang ahli perniagaan adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan. Terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh YB Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui

  • Bahawa penyeludupan wang RM 40 juta itu memang wujud, maka apa tindakan undang – undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu ?
  • Untuk bela Musa, Nazri akui wang itu bukan untuk Muda secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Umno Sabah maka sah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang

Menurut satu sumber wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Bn atau terus kepada pemimpin tertentu.

Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin Bn. Contohnya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan terkait penyeludupan wang RM 10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik. Begitu juga ada kes disebut di parlimen terkait isteri anggota kabinet Malaysia turut terlibat menyeludup wang negara. (klik untuk baca MB NS seludup RM10juta ? )

Inilah pengkianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrupkan negara.

Sekian.

che'GuBard
Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.