Home » All Post, Pahang

Kemuncak Anti-Lynas di Kuala Lumpur, SAMM Pahang Disokong SAMM Kebangsaan

Submitted by on November 25, 2012 – 8:51 AMNo Comment
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang, Sdr Bung Hatta menyeru seluruh komrad SAMM Pahang untuk hadir meraikan kumpulan Hijau Anti Lynas yang kini telah berada berhampiran pinggir kota.
Mereka yang berkesempatan untuk bersama berjalan kaki, boleh lah turut serta hari ini dan seterusnya berjalan hingga ke Dataran Merdeka.  Difahamkan SAMM Kebangsaan juga akan turut serta apabila kumpulan ini menuju masuk ke Lembah Kelang mulai hari ini.  Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk turut sama berjalan kaki, diharapkan dapat turut serta di Dataran Merdeka nanti.
SAMM Pahang mengambil mengucapkan syabas kepada wakil SAMM Pahang, iaitu adik Zamri Zanal yang telah berjaya mengharungi perjalanan bermula dari Kuantan.  SAMM Pahang menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang membenarkan Lynas beroperasi di negara ini, apatah lagi di Pahang kerana risikonya bakal diperolehi oleh generasi yang akan datang.  Pengecualian cukai selama 12 tahun juga memperlihatkan projek ini banyak mendatangkan kerugian dan kemudharatan daripada keuntungan yang seketika untuk beberapa kerat dari mereka yang hanya memikirkan perut masing-masing.
“Hentikan Lynas, Ubah Segera, Selamatkan Pahang”
KAMARUL HATTA @ BUNG HATTA
Penyelaras SAMM Pahang

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.