Apa Motif Kerajaan BN Pasang AES Sedangkan Ia Tidak Bantu Kurangkan Kemalangan?
Rejim Umno/BN berkata,kamera AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di malaysia. Ini salah satu langkah mereka untuk mencegah kes-kes kemalangan jalan raya yang banyak berlaku di negara kita ini. Untuk pengetahuan semua,Australia adalah negara yang membangunkan teknologi AES ini. Kesimpulannya,kroni UMNO/BN iaitu Beta Tegap Sdn.Bhd mengguna pakai teknologi sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia (syarikat Redflex Traffic System).
Yang menghairankan kita semua,apa motif Umno/BN memasang kamera AES ini sedangkan di Australia sendiri,mereka telah mengakui AES ini tidak berkesan. Dan syarikat-syarikat yang dilantik oleh Umno/BN ini juga,bukannya pakar dalam kamera AES ini. Apa motif mereka sebenarnya? Untuk mengkayakan kroni?mencekik duit rakyat?guna duit dari saman AES untuk kempen pilihanraya? Fikirkan! Mungkin ada udang di sebalik batu..
Pegawai Teknologi Maklumat SAMM
Sebelum ini dua kamera AES tumbang dan satu sudah di spray
Di bawah adalah kenyataan-kenyataan SAMM mengenai AES
AES: SAMM Yakin Kerajaan Akan Tangguh
Peguam Perancis ke Parlimen Bulan Ini
SAMM Puji Kerajaan Pakatan Rakyat Tangguh AES
Tangguh dan Kaji AES atau Rakyat Bertindak Sendiri