Home » All Post, Kenyataan Media

Buka Semula Kes Bunuh Altantuya – FMT

Submitted by on November 30, 2012 – 12:54 AMNo Comment

PETALING JAYA: Sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu dibuka semula.

“Ini kerana akuan bersumpah kedua Inspektor Polis P Balasubramaniam telah dipengaruhi oleh keluarga (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak,” kata pengasasnya Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard.

Portal berita harakahdaily hari ini menyiarkan wawancara dengan usahawan permaidani Deepak Jaikishan yang mengakui membantu untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam menukar akuan bersumpahnya.

Deepak Jaikishan mengakui bahawa tindakannya membantu Bala mengubah akaun bersumpah pertama dilakukan demi untuk menolong keluarga Najib.

Menurut CheguBard, pengakuan bersumpah Bala yang pertama mengaitkan penglibatan Najib dengan peristiwa pembunuhan Altantuya.

CheguBard berkata pihaknya melihat kes pembunuhan Altantuya menimbulkan pelbagai persoalan, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapa’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.

“Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

“Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri dan ceramah pencerahan,” terang beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Menurutnya, SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada Disember ini.

Beliau menyeru rakyat menolak kepimpinan Najib yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene.

“Hanya selepas kerajaan Umno-Barisan Nasional ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap para pemimpin negara,” ujar beliau.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.