Home » All Post, Headlines

Chegubard: Ketua Pemuda Umno ditahan polis bersama arak, dadah – KeadilanDaily

Submitted by on November 23, 2012 – 12:29 PMNo Comment

(Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata,  lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.