Home » SAMM

Dr Juanda letak jawatan AJK Baitulmal Perlis – SinarHarian

Submitted by on November 16, 2012 – 8:07 PMNo Comment

G MANIMARAN & MOHD IDROS MOHD ALI
16 November 2012


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.

Sinar Harian difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.

Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Juanda selaku Mufti Perlis dilantik menduduki jawatankuasa secara automatik dan bertindak sebagai ‘penasihat’ agensi tersebut.

“Beliau (Juanda) tidak gembira dengan cara pengurusan, ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

“Selepas teguran dan nasihat tidak diterima, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti daripada ahli jawatankuasa dan penasihat,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis dalam satu kenyataan mendakwa telah mendapat berita dari

Sumber yang dipercayai bahawa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal.

“SAMM Perlis juga difahamkan peletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal,” kata Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil.

Selain itu, dakwanya, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.

 

Kenyataan penuh SAMM Perlis – Penyelewengan Baitulmal: Dr Juanda Letak Jawatan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.