Home » All Post

Inovasi Politik (2) – MSK

Submitted by on November 23, 2012 – 2:07 AMNo Comment

Oleh: MSK

Setiap kali selesai PRU, masing-masing buat post-mortem. Diantara sebab-sebab yang paling popular ialah.

  • Umno dan BN menipu.
  • SPR berat sebelah.
  • Media disekat dan tidak memberi ruang kepada pembangkang.
  • Rakyat masih tak sedar. kerana maklumat tak sampai.

Sejak tahun 1999, itulah alasan-alasan yang diberikan dalam post-mortem. Akhirnya masing-masing membuat resolusi…”PRU akan datang kita akan ajar Umno dan Barisan Nasional!!!” “Kita akan tumbangkan BN!”

PRU 13 akan datang. apakah Umno dan BN akan bersikap gentleman dan tidak akan menipu dalam PRU kali ini? Apakah SPR akan bersikap seadil-adilnya dalam PRU 13 ini? Apakah Utusan dan TV3 akan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesej mereka? Apakah Rakyat sudah menerima maklumat yang cukup?

Jangan harap la.

Habis…nak masuk pilihanraya lagi pasai apa? Apakah selepas PRU 13 nanti, kita akan buat post mortem yang sama dan berakhir dengan resolusi..”PRU 14 nanti kita tumbangkan Umno!!”?

Kalau tak ada sesuatu perancangan yang baru, jangan harap akan mendapat keputusan yang berbeza. Kalau pendekatan masih cara yang lama..jangan kata rakyat tak mau berubah. Sebab yang sebenarnya ialah..pemimpin sendiri tak mau berubah.

Politik lama

Setakat ini, politik negara masih lagi berkisar tentang cara-cara berpolitik lama. Politik negara masih lagi berkisar tentang bangsa dan ugama. Aku bukan nak kata jangan sentuh langsung pasal bangsa dan ugama, sebab ia masih relevan untuk pengundi tua. Tapi bagi pengundi muda, perlu ada pendekatan baru.

Aku cuba melihat mengapa kita gagal menumbangkan BN dari sudut generasi..bukan dari sudut parti atau ideologi. Aku juga tak suka untuk melihat trend mengundi mengikut bangsa atau ugama, tapi melihat mengikut budaya dan perwatakan sesuatu generasi itu.

 

×

Generasi GI dan Silent Generation yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua merupakan benteng pertahanan Umno dan BN. Pengundi saluran 1 ini tidak akan berubah biar apapun idea baru yang disogokkan kepada mereka. Mereka hidup dialam peperangan dan penderitaan dan bila mendapat sedikit kebebasan, mereka dah puas.

Jangan kata nak suruh ubah parti yang mereka sokong…nak suruh mereka dengar lagu baru pun tak mau!

Satu lagi generasi yang tegar dibelakang Umno, walaupun tidak setegar GI ialah Boomers.

 

×

Boomers adalah generasi kemerdekaan. Tau syok saja. Kalau bagi mereka jadi pemimpin pun, yang depa ingat macam mana nak tambah bini. Generasi ini tak akan turun ke jalanraya kalau dia tak pasti tentang keselamatannya. Dan dia tak akan berubah kecuali kalau sudah dipastikan keselesaannya.

Itu sebabnya, ramai yang berubah dengan melompat parti. Tapi sebelum melompat…dia akan tanya apa habuan atau jawatannya dulu.

Generasi sebelum merdeka inilah yang menjadi penghalang kepada mengapa Umno dan BN gagal ditumbangkan.

Generasi X adalah generasi rebel. Reformasi 1999 digerakkan oleh Gen X.

Kita boleh mengharapkan Gen X untuk menjadi pemangkin kepada perubahan tapi…oleh kerana Gen X bersikap rebel, dia bukan saja boleh rebel kepada BN…dia juga boleh jadi rebel kepada pembangkang. Itu sebabnya mengapa Boomers dan Gen X selalu bertengkar.

Boomers kata, Gen X ni macam lalang. tak ada pegangan. Tak ada panduan. Tak ada prinsip.

Gen X pulak kata, Boomers adalah kayu mati. Walak tak bertempat. Jumud. tak pragmatik.

Pergeseran dan pertelingkan dalam parti selalunya disebabkan oleh sikap berbeza dua generasi ini. Ada yang memberikan macam-macam label. Ulama dan Erdogan la. Progresif dan konservatif la.

PRU 1999 adalah pertentangan diantara generasi pra-merdeka dan generasi selepas merdeka. Generasi GI dan Boomers menentang Gen X. Gen X tewas kerana jumlah mereka tidak mencukupi.

Dalam PRU 2004, BN mendapat undi terbanyak. Ini berlaku kerana Gen X yang menyokong BA dalam tahun 1999 beralih kepada BN. Kalau dalam tahun 1999, mereka rebel terhadap BN…tahun 2004, mereka rebel terhadap BA.

Tahun 2008, keadaan berubah kerana kemasukan Gen Y sebagai pengundi. Aku tak ada data keseluruhan untuk membuktikannya, jadi aku ambil negeri Perak sebagai contoh.

 

×

 

Sikap Gen Y lagi haru. Gen Y lebih bebas dari Gen X. Harapan mereka juga lebih tinggi dari Gen X…dan dengan penguasaan mereka terhadap teknologi internet, sapa-sapa saja boleh lingkup.

Tahun 2008, perubahan politik berlaku di Perak kerana komposisi generasi sudah jauh berubah. GI dan Boomers sudah tinggal 43% manakala kombinasi Gen X dan Y sudah sampai ketahap 46%. Kalau bukan kerana undi Orang Asli dan Undi Pos, BN kalah lebih teruk lagi.

Begitu juga dengan kemenangan PR di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan kombinasi Gen X dan Y yang sudah jauh meninggalkan GI dan Boomers. Ambil contoh Parlimen Selayang 2008.

 

×

 

Apakah dengan kedudukan kombinasi Gen X dan Y yang tinggi ini sudah dapat memastikan kemenangan PR dalam PRU 13 ini? Belum tentu.

BN masih boleh mengarapakan sekitar 30% pengundi tegar mereka dari generasi GI dan Boomers…tapi PR tak boleh mengharapkan Gen X dan gen Y sebagai pengundi tegar mereka.

Peluang memang ada bagi PR untuk menumbangkan BN di Perak dan mungkin juga di seluruh negara…tetapi ia banyak bergantung kepada bagaimana PR menangani kerenah Gen X dan Y ini. Dan tolong la..jangan la bagi mereka yang dari Gen Boomers untuk mengambil hati generasi muda.

Dalam hal ini, aku tengok DAP lebih advance dari Pas dan PKR. calon-calon muda DAP diletakkan dikawasan bandar manakala calon yang tua sikit diletakkan dikawasan separa bandar. Yang tua ambik hati orang tua. Orang muda ambik hati orang muda.

Tapi dalam Pas dan PKR agak slow sikit. Mungkin pasai orang tua masih ramai yang berebut nak jadi YB. Bagi chance la kat orang muda.

Kedudukan komposisi pengundi di Perak semakin bagus. Generasi tegar BN yang mengungguli Saluran 1 ramai yang dah mati atau hilang. Jumlah Gen Y pula meningkat dengan tinggi.Peluang terbuka luas bagi PR untuk menawan Perak…tapi strategi kena betul. Kalau tak betul strategi…lingkup lagi la.

 

×

Kalau susah nak faham dengan graf diatas…tengok data dibawah.

 

×

Gen Y akan menjadi ejen perubahan dalam PRU nanti. Masalah besar dengan Gen Y ialah depa bukan nak dengar apa yang kita cakap….tapi depa mahu kita mendengar apa yang depa cakap.

Sanggup?

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/11/20/inovasi-politik-2/

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.