Home » All Post, Headlines, Melaka

Jejak Fakir SAMM Melaka Santuni Masyarakat India

Submitted by on November 30, 2012 – 12:27 AMNo Comment

Malam tadi (28 November) SAMM Melaka meneruskan aktiviti kemasyarakatan “Jejak Fakir edisi Sempena perayaan Deepavali” yang telah diadakan di Rembia Paya Rumput Melaka. Sebelum ini iaitu pada 13 November yang lalu Samm Melaka telah pun memberikan sumbangan berupa barang dapur kepada masyarakat India disekitar Tengkera Melaka  namun aktiviti yang dijadualkan diteruskan di Rembia Tengkera Melaka terpaksa ditangguhkan kerana faktor cuaca (hujan lebat) dan memandangkan Samm Melaka juga perlu membuat persiapan program Rapat Rakyat ABU : Jelajah Skandal Scorpene pada malamnya.

Dalam program Jejak Fakir malam tadi, Samm Melaka telah menemui keluarga Puan Punita dimana Puan Punita merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hasil perkahwinannya beliau telah dianugerahkan seorang anak yang ketika ini masih bersekolah. Puan Punita merupakan seorang  OKU di mana kaki kanan beliau telah dipotong 4 tahun yang lalu kerana beliau mengalami penyakit diabetis yang agak kritikal.  Suami beliau bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di syarikat swasta di Kuantan Pahang dan hanya pulang sebulan sekali ke Melaka.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kos kehidupan yang ditanggungi oleh beliau dan semoga beliau merasai insan seperti beliau juga sentiasa diberi perhatian dan dihargai oleh anak muda.

“Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata”.

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.