Home » All Post, Headlines, Terengganu

Kejohanan Bolasepak Pantai Anjuran SAMM Terengganu Berlangsung Meriah

Submitted by on November 2, 2012 – 10:19 PMNo Comment
Kenyataan Terbuka
2 November 2013

Kejohanan Bolasepak Pantai Anjuran SAMM Terengganu Berlangsung Meriah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu hari ini telah berjaya menganjurkan sebuah kejohanan tertutup bolasepak pantai di Pantai Ketapang, dalam Parlimen Kuala Nerus. Lokasi pertandingan ini iaitu Pantai Ketapang yang terletak dalam Dun Seberang Takir cukup popular menjadi destinasi mandi-manda dan juga agak istimewa memandangkan ia terletak berhampiran Lapangan Terbang K.Terengganu dan juga berhampiran dengan ‘stadium runtuh’.

Ini adalah penganjuran sulung kejohanan bolasepak pantai di mana sebelum ini SAMM Terengganu hanya tertumpu menganjur pertandingan futsal dan bolasepak padang 7 sebelah. Kejohanan Tertutup Bolasepak Pantai Ketapang disertai oleh 10 pasukan di mana setiap pasukan mempunyai 7 peserta yang terdiri daripada anak muda tempatan. Menggunakan format peringkat kumpulan dengan dua pasukan teratas layak ke peringkat seterusnya, kejohanan berlangsung dengan sangat meriah dan penuh bersemangat.

Kejohanan bermula tepat jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang. Pasukan Tenggiri akhirnya menjadi juara kejohanan dan menerima hadiah berupa RM300 bersama medal manakala naib juara menerima hadiah sebanyak RM150. Dua pasukan yang kalah pada separuh akhir menerima RM50 setiap pasukan.

Hadiah ditaja seluruhnya oleh SAMM Terengganu dan dengan kejayaan penganjuran ini, SAMM Terengganu akan sekali lagi menganjurkan satu lagi kejohanan bolasepak sempena tahun berakhir 2012. Matlamat SAMM Terengganu untuk membawa anak muda setempat menjalani aktiviti telah tercapai dan usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Rafzi Ramli

Penyelaras Negeri
SAMM Terengganu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.