Home » Headlines, Kenyataan Media, Melaka

[Kenyataan SAMM Melaka] Rombak dan Selamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dengan segera

Submitted by on November 1, 2012 – 12:54 AMNo Comment

Kenyataan Media.
31 Oktober 2012

Rombak dan Selamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dengan segera.

Pada 20 haribulan yang lalu seluruh rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kelantan bertemu dengan ATM. Perlawanan telah dibawakan secara langsung oleh rangkaian TV terpilih terus dari Stadium Shah Alam Selangor. Perlawanan akhir yang boleh dikatakan perlawanan yang mempamerkan aksi perlawanan akhir terbaik sepanjang kempen Piala Malaysia berlangsung.Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya yang bermain dikotak dan benak pemikiran seluruh rakyat negeri Melaka dan anak muda khususnya, di mana letaknya pasukan Bola Sepak Negeri Melaka? Apakah yang telah terjadi dengan Pasukan Bolasepak Negeri Melaka?

Jika diselak dan disemak jadual perlawanan kempen liga bola sepak Malaysia pada tahun ini, Pastinya nama Negeri Melaka telah tersisih dari saingan piala Liga Perdana dan apatah lagi Liga Super. Melaka hanya terletak dan tersenarai di dalam kumpulan liga FAM iaitu liga tercorot di persada Liga Bola Sepak Negara. Liga FAM telah pun berakhir dan pasukan Melaka sekadar ditempat yang ke 7 dari 9 pasukan yang bertanding. Ini bermakna pasukan Melaka terus kekal di liga FAM untuk edisi 2013.

Apakah persoalan dan masalah yang melanda Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) sebenarnya?

Mengikut kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) sebelum ini, masalah utama MAFA adalah kerana masalah kewangan dalam pembayaran gaji dan elaun pemain serta pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA), Persoalannya, adakah kerana masalah kewangan ini disebabkan oleh salah urus pentadbiran kewangan ataupun MAFA sendiri tidak pernah serius dalam menangani isu kemerosotan prestasi pemain dan persatuan bola sepak yang dianggap “mati segan hidup tak mahu”. Jika kegagalan urus tadbir kewangan ini ataupun peruntukan untuk bola sepak Melaka ini tidak disalur secukupnya dan MAFA gagal bergerak dan bersaing dengan kelab atau pun persatuan negeri yang lain, ini bermakna Kewangan negeri Melaka semakin parah? Jika ia sememangnya parah pihak kerajaan negeri harus memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan dana dan bukannya membiarkan MAFA bergerak tanpa bantuan dan akhirnya pasukan Bola Sepak Negeri Melaka terus jatuh dan ketinggalan dari pasukan yang lain.

Pada 12 September 2004 stadium Hang Jebat yang bertempat di Paya Rumput telah dirasmikan dan stadium Hang Jebat yang mampu menempatkan 40 000 orang penonton itu dianggap antara stadium termaju dan terbaik di Malaysia. Mampu berbanggakah kita sebagai rakyat Melaka dengan fasiliti yang sebaik itu tetapi mutu pasukan bola sepak negeri kita berada diantara pasukan yang tercorot. Inikah yang yang mampu dibanggakan oleh kita yang berada di negeri bertaraf “Negeri Maju ?
Apa yang lebih mendukacitakan lagi, pasukan negeri Melaka sendiri tidak dapat beraksi di stadium ini.

Oleh sebab yang demikian, kami Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka) mengambil keputusan, mendesak dan membuat beberapa ketetapan yang mana Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) perlu mengambil pendirian tegas melakukan reformasi ataupun rombakan secara total demi menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka. Terdapat 6 ketetapan yang kita putuskan di sini.

1) Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) mesti bebas dari cengkaman politik dan kami berpendirian menolak sebarang unsur politik dalam mengemudi MAFA. (Presiden MAFA, Dato’ Haji Md Yunos (Adun Ayer Molek) telah gagal dan tidak layak mengemudi Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dan beliau harus letak jawatan dengan segera). Presiden MAFA haruslah secara serius menjiwai Sukan bola sepak dan bukannya di atas kepentingan tertentu.

2) Pengarah Teknikal yang telah di hantar oleh FAM untuk membantu MAFA telah gagal membawa Pasukan Bola Sepak Negeri Melaka ke tahap yang diharapkan dan beliau juga harus letak jawatan dan berundur dengan segera.

3) Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) harus dirombak secara total iaitu dengan membawa masuk bebarapa orang bekas pemain bola sepak Melaka ke dalam pihak pengurusan MAFA.

4) Perkukuhkan Liga Bola Sepak Domestik.

5) Mencungkil bakat baru bagi setiap daerah di negeri Melaka. (MAFA harus turun padang ke setiap Daerah).

6) Mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Melaka.

Sehubungan dengan itu kami akan memulakan kempen menurunkan tanda tangan penyokong dan pencinta bola sepak negeri Melaka sebagai tanda sokongan ke arah memajukan dan meningkatkan prestasi bola sepak negeri Melaka.

Di sini juga kami anak muda menegaskan seandainya desakan kami tidak diendahkan, kami tidak teragak-agak untuk mengajak seluruh rakyat Melaka yang cintakan bola sepak Melaka mengadakan demonstrasi bantahan dan desakan sehingga Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dipulihkan dengan segera.

“Perubahan itu wajib didesak & Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Melaka”

Sekian,

Zuraidi bin Abdullah
Penyelaras SAMM Negeri Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.