Home » All Post, Headlines

Lagi Bukti IC Bertarikh Luput Kali Ini Dari Rohingya!!! Ayuh Jalanraya Sebelum Pilihanraya !!!

Submitted by on November 17, 2012 – 11:58 AMNo Comment

 

Kenyataan SAMM di sini

Kenyataan Terbuka

7 Nov 2012

SAMM Gesa Seluruh Negara Bangkit Lawan Penipuan Pilihanraya Demi Selamatkan Negara

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk melancarkan kempen besar-besaran demi mengekang penipuan pilihanraya khususnya yang melibatkan pemberian kewarganegaraan segera kepada warga asing.

Pemberian taraf warganegara yang membolehkan warga asing mengundi adalah perkara yang sangat serius kerana ia menggadai kedaulatan negara. Ia dibuktikan dengan beberapa laporan pada awal oktober lalu ketika mahkamah mengesahkan seorang warga asing dihukum penjara kerana memiliki kad pengenalan tidak sah sedangkan nombor kad pengenalan tersebut wujud dalam senarai pengundi SPR.

Juga tidak lama dulu pernah didedahkan beberapa kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tahun ’2013′ . Kad pengenalan tersebut juga telah diakui wujud oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan pelbagai alasan tidak logik. Tambah lebih malang kepada rakyat Malaysia apabila nombor kad pengenalan yang punya tarikh luput itu juga wujud dalam pangkalan data senarai pengundi SPR. Tahun 2013 juga merupakan tahun di mana mandat pemerintahan Barisan Nasional tamat. Apakah ini satu kebetulan?

Perihal warganegara asing mendapat kewarganegaraan segera juga seolah-olah dibantu oleh Jabatan Imigresen yang bekerja keras dalam proses pemutihan ‘projek 6P’, hingga menimbulkan persoalan apakah projek 6P dijadikan medan untuk mengenalpasti PATI yang boleh di’warganegara’kan?

SAMM sedari awal melihat seperti ada perikatan di antara SPR, JPN dan Imigresen untuk memastikan keberjayaan penipuan yang serba terancang. Dengan kerjasama tiga agensi kerajaan yang diperkuda ini, tidak mustahil proses kewarganegaraan segera dijadikan senjata Barisan Nasional untuk menang PRU-13 dengan penipuan. SPR dilihat menjadi dalang utama kerana akhirnya semua warga asing yang dapat taraf warganegara secara tidak sah diberi hak mengundi. Justeru, desakkan saban hari terus dibuat oleh SAMM supaya SPR dibubarkan sebelum bubar Parlimen Malaysia.

Baru-baru ini telah tersebar berita mengenai pemberian IC secara besar-besaran kepada warga asing. Ini satu ancaman kepada seluruh rakyat Malaysia apabila kewarganegaraan diberi secara melulu hanya kerana Barisan Nasional ingin terus kekal sebagai pemerintah. Kesannya, hak sebagai rakyat telah di’kongsi’kan secara tidak rela dengan warga yang bukan sahaja tidak lahir di sini malah tidak patriotik dan tiada kesetiaan terhadap negara dan hanya mencari duit di negara ini untuk dihantar ke negara asalnya.

Pemberian kewarganegaraan harus mengikut prosidur yang diperuntukkan. Jika tidak, ia satu pencurian hak rakyat Malaysia. Segala keistimewaan rakyat negara ini atas hasil bumi Malaysia akan turut dinikmati oleh mereka yang layak malah hak untuk memilih kerajaan juga lebur bersama.

Segala kecelakaan ini adalah berpunca daripada kerakusan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa, semua ini disusun berlaku khas untuk kemenangan Barisan Nasional secara penipuan paling dasyat dalam sejarah pilihanraya.

Ini hanya salah satu cara Barisan Nasional untuk menang daripada pelbagai jenis penipuan, namun SAMM melihat cara inilah yang paling kejam terutamanya terhadap rakyat sendiri yang akhirnya terpaksa bersaing dengan warga asing bersenjatakan IC biru. Jelas kerajaan hari ini sanggup gadai negara dan rakyat negara sendiri tidak dihargai ketika rakyat asing diberi keistimewaan bagaikan ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan’.

Halatuju negara tidak lagi boleh dilepaskan kepada syaitan-syaitan yang dikenali dengan bantuan warga asing sepertimana pernah berbunyi “I help you, you help me” dengan maksud, “Aku dapatkan kewarganegaraan segera kamu, dan kamu harus mengundi Barisan Nasional”.

Maka dengan ini, SAMM bersama sekutu organisasi massa menggesa rakyat khususnya anak muda untuk bersama dalam menjalankan kempen radikal melawan penipuan pilihanraya, sebuah kempen yang harus dikenang sebagai kempen menyelamatkan negara. Ia juga satu kempen rahsia yang bukan rahsia, dengan beberapa fasa yang disusun rapi. Apa dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat adalah lebih teruk dari konotasi ‘radikal’ maka kempen ini adalah setara bagi mengekang penipuan dan penindasan yang berterusan (jika Barisan Nasional terus memerintah).

Rakyat harus bangkit, rakyat harus sedar dari lamunan. Rujuk perkara ke-7 Resolusi SAMM 03/2012 yang menjadi garis pedoman anak muda yang terhasil dari Rapat Kebangsaan SAMM Oktober lalu;

Perkara ke-7 Resolusi SAMM 3/2012
SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.  Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen ‘Tangkapan dan Tindakkan Awam’ terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.

SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen ‘Tangkapan dan Tindakkan Awam’ telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.

Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.

Akhir sekali, SAMM menyeru agar kesedaran ini sampai ke seluruh pelusuk negara. Ambillah kesempatan perjuangan menyelamatkan negara dengan mengambil tanggungjawab menyebarkan kenyataan ini. Inilah senjata kita yang paling utuh – maklumat dan kesedaran.

“Perubahan itu harus didesak”

Edy Noor Reduan 
Pengarah Propaganda SAMM

 

Link rujukan kenyataan awal

Warganegara dapat IC – http://anakmudamalaysia.com/2012/10/warga-asing-beli-kad-pengenalan-palsu-diberi-peluang-mengundi-ayuh-desak-bubar-spr-sebelum-parlimen-dibubar/

Penipuan Pilihanraya semakin parah, SPR harus dibubar sebelum bubar parlimen – http://anakmudamalaysia.com/2012/09/penipuan-pilihanraya-semakin-parah-samm-desak-bubarkan-spr-sebelum-bubar-parlimen/

Bersedia ke jalan raya atau terus ditipu – http://anakmudamalaysia.com/2012/10/bersedia-untuk-ke-jalanraya-atau-ditipu/

Resolusi SAMM 03/2012 – http://anakmudamalaysia.com/2012/10/resolusi-samm-032012/

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.