Home » Headlines, Selangor

Misteri kerja-kerja penurapan di Taman Purnama 3, SAMM Selangor dan Pemuda PR buat laporan polis.

Submitted by on November 10, 2012 – 10:37 PMNo Comment

Kenyataan Media

10 November 2012

Misteri kerja-kerja penurapan di Taman Purnama 3, SAMM Selangor dan Pemuda PR buat laporan polis.

Pada 8 November iaitu dua hari yang lalu, bertempat di Balai Polis Daerah Sabak Bernam sekitar jam 3.00 petang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor bersama PAS Kawasan, AMK dan wakil peniaga Taman Perwira hadir membuat laporan polis mengenai misteri kerja penurapan di Taman Purnama 3.

Difahamkan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuat penawaran 47 kerja-kerja infrastruktur di sekitar daerah Sabak Bernam. Kerja-kerja tersebut sebahagiannya telah bermula sekitar bulan Oktober lalu. Merujuk pada taklimat awal kepada penyelia Dun, tiada sebarang tawaran dan arahan dari MDSB untuk jalan di Taman Purnama 3 diturap.

Justeru, bagaimana kerja-kerja penurapan berlaku di Taman Purnama 3? Peruntukan mana yg diguna? Itu yg menjadi misteri dan laporan polis dibuat agar siasatan terperinci dapat dijalankan.

Lebih mendukacitakan ialah, Taman Perwira yang terletak bersebelahan dengan Taman Purnama 3 tidak diturap dengan sempurna sedangkan Taman Perwira termasuk dalam peruntukkan penurapan jalan sepertimana yang dikeluarkan oleh MDSB. Malah notis pernah dikeluarkan kepada penduduk dan peniaga di Taman Perwira supaya mengosongkan jalan untuk diturap, tetapi akhirnya tiada penurapan berlaku. Maka pihak polis juga harus menyiasat apakah yang sebenarnya telah berlaku. Apakah ada tangan ghaib yang menyalahguna kuasa dengan mengeluarkan arahan atas kepentingan sendiri?

Adakah wujud desakan atau kecenderungan pihak tertentu yang berkepentingan?
Amanah yang diberi seharusnya menjadi satu tanggungjawab untuk menguruskan duit rakyat dengan sebaiknya tanpa ada sebarang unsur berkepentingan terhadap mana-mana individu atau kumpulan/komuniti tertentu.

Di harapkan laporan ini dapat membersihkan sebarang prasangka buruk khusus kepada MDSB dalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan penuh profesional dan berintegriti.

Sekian

Azhar Achil
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Selangor

Turut bersama membuat laporan polis;
Ust Razali Bin Shaari ( Dewan Pemuda PAS Kawasan Sg. Besar)
Ust Muhammad Labib Bin ABd Jalil ( Dewan Pemuda PAS Kawasan Sabak Bernam)
Saudara Mohd Abd Razak Bin Husnul Karip (AMK Cabang Sabak Bernam)
Saudari Sobari Bin Ahyar (wakil perniaga Taman Perwira)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.