Home » Headlines, Kenyataan Media

Padang Tidak Rata Menjadikan Jalanraya Satu Pilihan Wajar Sebelum Pilihanraya

Submitted by on November 16, 2012 – 4:20 PMNo Comment

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Nov 2012

Padang Tidak Rata Menjadikan Jalanraya Satu Pilihan Wajar Sebelum Pilihanraya
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerhati dari dekat perjalanan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53 yang berlangsung di K.Bharu. Selaku sayap muda parti politik yang punya kekuatan jaringan logistik yang terkuat maka sewajarnya SAMM melihat perbincangan dan keputusan dalam muktamar tersebut penting dalam gerakan rakyat di negara Malaysia.

SAMM dengan ini memandang serius cadangan melalui perbahasan perwakilan DPP yang menolak mobilisasi besar sebelum pilihanraya umum. Menghormati dan memahami hujah sumber yang ada seharusnya difokus kepada aktiviti kempen pilihanraya namun harus diingatkan jika padang pilihanraya malaysia ini rata sudah lama regim Bn ini diturunkan dari tampuk kuasa. Masalahnya kini bukan kempen pilihanraya tetapi proses pilihanraya yang pincang dan penuh penipuan.

Seharusnya selaku pemain – pemain berpengalaman dalam arena politik Malaysia, SAMM yakin DPP cukup matang menilai dan menyedari hakikat penipuan dalam proses pilihanraya yang diketengahkan. SAMM gusar kita menyedarkan rakyat mengenai penipuan pilihanraya kemudian kita mengajak rakyat terus memasuki proses pilihanraya yang jelas disedari menipu tanpa berbuat apa-apa dan selepas kita tewas kerana penipuan baru mengajak rakyat turun ke jalan maka ketika itu kita akan ditertawa.

SAMM yakin DPP punya perbagai kepakaran, penipuan pilihanraya harus ditangani dengan perbagai cara. SAMM mengharapkan Dewan Pemuda PAS tampil dengan proses perundangan membawa bukti – bukti penipuan pilihanraya ke mahkamah dan memohon penangguhan PRU selagi proses PRU tidak diperbetulkan dan paling penting daftar pengundi perlu dibersihkan. Selain turun ke jalanraya banyak yang boleh dilakukan tetapi turun ke jalanraya bukan untuk bersuka ria, ia keputusan besar yang menuntut komitmen tinggi namun ketika tidak banyak pilihan maka jalanraya satu pilihan yang wajar.

Satu fakta yang tidak harus dilupakan ialah jika PRU itu boleh menyebabkan regim ini hilang kuasa maka yakinlah PRU itu juga akan diharamkan. Ini telahpun berlaku dalam undi ke-tiga rakyat Malaysia iaitu pilihanraya PBT yang hilang begitu sahaja.

Bila negara rosak maka kembalilah kepada kuasa rakyat. BERSIH 2007 telah menghasilkan keputusan PRU 2008. Kita memerlukan momentum rakyat bangkit melawan penipuan dan penindasan.

Kepada semua rakyat Malaysia ayuh sedia untuk aksi terbesar dalam sejarah negara.

che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.