Home » Headlines

Peguam Perancis bakal sertai jelajah bongkar Scorpene – KeadilanDaily

Submitted by on November 15, 2012 – 3:47 PMNo Comment

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 15 November: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bercadang membawa peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham menyertai jelajah ‘Le Tour De Scorpene’ sebaik dibenarkan masuk ke Malaysia.

“Kita akan bawa mereka terus kepada rakyat untuk beri taklimat. Sesi penerangan juga akan dibuat di Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Kedua-dua peguam berkenaan menyatakan persetujuan di atas jemputan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat berhubung perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis kepada Ahli Parlimen Malaysia pada 22 November ini.

Media pro BN sebelum ini melaporkan kononnya perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis tidak berlaku.

Bourdon menjelaskan, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac lalu.

Chegu Bard berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan kerajaan jika perbicaraan itu ‘tidak berlaku’.

“Kerajaan tak payah cipta alasan untuk halang mereka ke Malaysia. Malah, kerajaan sewajarnya memanggil mereka untuk
membersihkan nama pemimpin negara,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau ketika dihubungi.

SAMM sejak bulan lalu menganjurkan siri Jelajah Le Tour De Scorpene bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kes rasuah berkenaan. Dengan kerjasama Suaram, mereka sebelum ini mengadakan siri jelajah ke Kuantan, Pasir Gudang, Pulau Pinang dan terbaru di Melaka, Selasa lalu.

Fadiah Nadwa Fikri (tengah) bersama Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di hadapan Mahkamah Perancis.

Ditanya mengenai perkembangan perbicaraan di Perancis, peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri pula berkata, Suaram buat masa ini sedang menunggu respon hakim.

“Difahamkan, hakim sedang mengendali kes lain. Belum ada perkembangan pemberian visa kepada peguam atau serahan sepina terbaru,” jelasnya.

Tambah beliau, majlis jamuan makan malam akan diadakan di Pulau Pinang sebelum hujung tahun ini bagi mengumpul dana menampung kos perbicaraan tersebut.

“Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian,” kata Fadiah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39552

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.